Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Hormat Dan Beri Mereka Ruang”- Scha Alyahya Mohon Netizen Faham Situasi Fattah & Fazura

Asyraf Roslan
27/09/2024 04:55 MYT

Pelakon, Scha Alyahya akui apa yang dihadapi oleh pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura adalah sesuatu yang amat sukar.

Beri Ruang

Tidak mahu bicara secara berlebihan, aktres yang popular dengan drama bersiri Awan Dania itu meminta peminat memberi ruang kepada Fattah dan Fazura untuk mereka menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi.

“Saya sebagai rakan selebriti, secara peribadi perceraian itu sesuatu yang sangat berat.

“Kalau boleh saya tak nak komen lebih, sebab kita tak tahu apa yang mereka hadapi. Kita sebagai netizen perlu hormat dan paling penting bagi ruang.

“Ia bukan proses yang mudah buat mereka jadi jangan tambah dengan benda yang tidak perlu,” katanya kepada Gempak.

Hati-hati bila komen

Pada masa sama, Scha meminta orang ramai tidak meninggalkan sebarang komen yang boleh memberi kesan kepada pasangan itu termasuklah anak mereka.

“Kadang-kadang netizen ni suka komen walaupun mereka tak tahu hujung pangkalnya.Kita rasa kita punya hak untuk komen, beri pendapat dan bergosip mengenainya.

“Kalau nak buat juga buat secara private, tak perlu nak pergi di ruangan komen cakap itu ini. Saya sendiri sebagai orang dalam industri dan anda yang memerhati kita harus faham mereka sedang melalui satu proses yang sukar sekarang. Tidak kisah lah sesiapa pun sebenarnya.

“Kita faham kadang-kadang netizen ini dia rasa sebab artis itu public figure jadi mereka boleh tinggalkan komen sebegitu. Tapi jangan, tolong fikir lebih jauh, letak rasa simpati itu dan anda akan faham kerana benda ini akan kekal selamanya di dalam internet jadi hati-hati bila bercakap,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Love Myself More..." - Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-41, Fazura Janji Untuk Lebih Sayangkan Diri Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: "Fattah Tak Pernah Kongsi Masalah Rumah Tangga..." - Iman Tang

ARTIKEL BERKAITAN: Dipertikai Guna 5 Bodyguard Ke Mahkamah, Pengurusan Fazura: “Kalau Pakai 1 atau 2 Tak Terkawal…"

Terdahulu, mahkamah meminta pasangan selebriti Fattah dan Fazura untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

Fazura diwakili peguam Fakhrul Azman. Sementara itu, Fattah diwakili peguam Zulkifli Che Yong.

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.

Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

#Fattah Amin #Fazura #Scha Al-Yahya #cerai
;