Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hormat Pilihan Anak, Ellie Suriaty & Keluarga Amal Makanan Sunnah Cegah COVID-19 - “Saya Tak Akan Ambil Vaksin”

Azwa Rahman
01/09/2021 00:02 MYT
Aktres tersohor Ellie Suriaty menegaskan dia menghormati keputusan dan pilihan dua orang anaknya yang menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menurut Ellie, 51, tindakan anaknya, Azrell Omar Azri Iskandar, 17, dan Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, melakukan laporan polis tersebut adalah sebagai ‘pelindungan’ jika mereka dipaksa untuk mengambil vaksin kelak.

“Saya hormat pilihan anak saya untuk tolak vaksin. Sekolah dah keluarkan borang untuk setuju divaksin atau tidak. Memanglah sekolah kata you boleh jawab ya atau tidak, tapi kalau kita pilih tidak, kita kena ada covering report supaya ia tidak jadi paksaan.

“Takut jadi paksaan bila kata it’s okay tak ambil vaksin tapi nanti tak boleh duduk SPM. Anak saya 17 tahun dan anak perempuan saya 12 tahun dan akan masuk ke tingkatan satu. Takut nanti tak boleh masuk sekolah,” jelasnya ketika dihubungi Gempak pada Selasa.

Ellie turut mengakui mereka tidak akan mengambil suntikan vaksin kerana memilih untuk mencegah virus tersebut menggunakan kaedah perubatan homeopati holistik dan makanan sunnah.

“Orang yang ambil vaksin kata dia guna vaksin sebagai langkah pencegahan, okay fine dan saya pun ada cara pencegahan sendiri menggunakan remedi semula jadi. Pagi-pagi saya sekeluarga akan minum air lemon campur madu dan letak cengkih serta kulit kayu manis.

“Tengahari kita minum habbatus sauda atau sumac yang dicampurkan dalam air ataupun masakan. Inilah cara kita, mungkin orang cakap kolot tapi sunnah Rasulullah, habbatus sauda adalah ubat segala penyakit kecuali mati. So, I will not take the vaccine,” katanya lagi.

Isteri kepada aktor Azri Iskandar ini juga berpendapat tempoh masa enam hingga lapan bulan untuk menghasilkan vaksin adalah terlalu cepat dan merasa tidak yakin untuk memasukkan bahan tersebut ke dalam badannya.

“Kita memang menganalisa keperluan eksperimen vaksinasi. Saya tak setuju bila orang kata yang tolak vaksin ni semua antivaksin sebab kita memang ambil vaksin dari kecil tapi vaksin itu semua dihasilkan menerusi kajian selama lima ke 10 tahun, baru digunakan ke atas manusia.

“Bila kerajaan lancarkan vaksin dimana ia dibina dalam masa enam ke lapan bulan, itu je kita dah persoalkan kenapa terlalu cepat. Mereka yang sukarela ambil ujian vaksin di Malaysia haritu, mana data dia? Kenapa tak didedahkan, apa jadi kat diorang?

“Saya tak ada masalah nak ambil vaksin kalau vaksin ini telah menjalani uji kaji di makmal selama 10 tahun. Saya akan ambil. Tapi you buat dalam masa enam ke lapan bulan, lepas tu terus lancarkan, lepas tu orang yang sihat ada macam-macam masalah kesihatan, ini apa?

“Dan kita tengok sebelum program vaksinasi dijalankan, peratusan orang kena Covid tak tinggi. Tapi bila dah 60% pergi vaskin, kenapa kes jadi berpuluh-puluh ribu ni? Logik dia kat mana? Lebih baik jadi macam dulu, orang tak ambil vaksin, just ambil ubat dan kuarantin di rumah,” kata pengarah filem Penanggal ini lagi.

Dalam pada itu, Ellie meluahkan rasa kasihan pada anaknya apabila keputusan untuk menolak suntikan vaksin itu disalahertikan oleh wargamaya.

“Saya dah biasa kena kecam sejak saya jadi pembangkang, jadi saya dah biasa. Selagi you bercakap menggunakan fakta, pada saya bila netizen kecam, kita tak mahu bergaduh.

“Bila netizen dah sentuh hal peribadi, obviously you akan jadi sensitif jadi, jangan layan. Kita yakin, kita bagi je data-data saintifik.

“Azrell takde niat nak menghasut orang supaya tolak vaksin. Kesian kat dia. Tapi saya tak boleh stop dia daripada berkata perkara yang benar.

“Sebab tu saya pesan dia kena buat laporan polis supaya taklah dia dihalang daripada mengambil SPM sebab tidak mengambil vaksin,” ujarnya lagi.

Terdahulu pada Isnin, Azrell Omar dan Azreen Omar membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati bagi menyatakan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin yang akan dilaksanakan terhadap pelajar sekolah.

Keputusan itu dibuat atas alasan bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap dirinya.
#Ellie Suriaty #Vaksin Covid-19 #Antivaksin #Anak Ellie Suriaty tolak vaksin #Azrell Omar Azri Iskandar
;