Hormati Sambutan Maulidur Rasul, Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November
Amri Hassan
25/09/2023 05:51 MYT
25/09/2023 05:51 MYT
Demi menghormati sambutan Maulidur Rasul, Konsert Milenia yang dijadualkan berlangsung pada 30 September ini, ditunda ke satu tarikh baharu.
Masih mengekalkan Stadium Malawati Shah Alam sebagai venue konsert, penganjur telah memilih 25 November 2023 sebagai tarikh baharu selepas mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan bersama dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam berkaitan perkara ini.
Pihak penganjur, Mission Sight Sdn Bhd menghargai pandangan dan nasihat dari pihak atasan Majlis Bandaraya Shah Alam tentang perkara ini.
Pengarah Urusannya, Jeffri Yaacob berkata, sudah menjadi tanggung jawab penganjur agar sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan dapat menjaga keharmonian semua pihak.
“Diharap dengan penundaan Konsert Milenia ke tarikh yang lebih sesuai dapat membuka ruang kepada lebih ramai lagi penonton untuk sama-sama memeriahkan acara ini bersama-sama dengan kami.
“Tambahan lagi, kami juga bercadang untuk mengadakan Muzik Milenia Food Festival selama empat hari berturut-turut di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam bermula pada 23 hingga 26 November 2023.
“Pihak kami sedang merangka strategi untuk menyediakan pelbagai acara yang dibarisi oleh selebriti, TikTokers dan usahawan tempatan.
“Justeru itu, kami berbesar hati ingin mempelawa TikTokers, vendor-vendor makanan atau produk viral tempatan termasuk Indonesia untuk menyertai festival ini.
“Ia secara tidak langsung dapat mencapai objektif kami untuk mengukuhkan kerjasama di antara dua negara iaitu, Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Dalam pada itu Jeffri berharap agar penundaan tarikh konsert ini juga dapat memberi peluang pemasaran lebih meluas kepada Konsert Milenia.
“Kami juga berharap agar dapat menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia ke negara ini. Siapa tahu Konsert Milenia dimasukkan ke dalam itinerari percutian hujung tahun mereka,” katanya.
Prihatin dengan isu tersebut, penganjur telah melakukan penjenamaan semula dengan menukarnya kepada ‘Konsert Milenia’, yang dilihat lebih universal sekaligus menghapuskan persepsi kurang enak dalam kalangan masyarakat.
“Kami sedar genre dangdut sering mengundang persepsi negatif sehingga mencetus kebimbangan dalam kalangan masyarakat disebabkan tarian gelek dan aksi seksi yang dianggap mencolok mata dan lucah.
“Persepsi sedemikian timbul mungkin disebabkan orang kita sudah terbiasa disajikan dengan persembahan dangdut dan gelek di Indonesia.
“Di Malaysia, kita ada garis panduan yang perlu dipatuhi dan segala terma serta syarat penganjuran konsert Milenia ini telah ditapis oleh 14 agensi di bawah PUSPAL.
“Garis panduan yang disediakan juga tegas iaitu, tidak membenarkan para artis yang membuat persembahan mengenakan pakaian seksi dan terdedah, persembahan tidak menonjolkan unsur-unsur lucah seperti bergelek berlebihan dan mencolok mata serta yang boleh memberi impak negatif,” katanya.
Penganjur turut memberi jaminan bahawa Konsert Milenia tidak akan dicemari dengan aksi tidak senonoh serta negatif seperti dakwaan sesetengah pihak.
Konsert Milenia dan lebih bersifat kekeluargaan dan mesra penonton memandangkan ia diadakan ketika musim cuti persekolahan.
Sedangkan irama dangdut memiliki kekuatan dan keistimewaan tersendiri dan sangat menghiburkan.
Buktinya, dalam beberapa siri busking yang dijalankan di Bukit Bintang sebelum ini, rata-rata penonton terhibur dengan persembahan yang disajikan.
Di media sosial seperti TikTok juga, genre ini turut menjadi pilihan anak muda dan kebanyakannya tular.
Keistimewaan muzik dangdut ialah, ia boleh dimainkan dalam pelbagai versi. Seiring kemajuan teknologi, Indonesia juga telah menjadikan irama ini lebih moden dan segar, menjadikan ia lebih mudah diterima segenap lapisan masyarakat.
“Kerjasama dengan Nagaswara sedikit sebanyak dapat membantu perkembangan muzik dangdut di Malaysia dengan penghasilan lagu-lagu baru menggunakan teknologi terkini.
“Diharap genre dangdut di Malaysia yang diperbaharui dan disegarkan mampu meneroka pasaran luar negara, sekaligus mewujudkan peluang kepada artis-artis dangdut tanah air untuk mengembangkan lagi karier mereka.
“Kami juga telah memohon sokongan untuk menjalinkan kerjasama bersama MOTAC dan Tourism Malaysia untuk mempromosikan Malaysia menerusi muzik.
“Dan dangdut dipilih kerana ia irama universal yang boleh menyatukan dua negara serumpun,” kata Jeffri lagi.
Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima juga akan turut serta menjayakan konsert ini kelak.
Bagi menarik peminat-peminat muda, DJ Dugem popular iaitu, DJ ACE dan DJ Bob Arjuna turut diundang untuk memeriahkan lagi malam konsert dengan persembahan muzik berirama Dugem yang sedang menjadi trending di TikTok.
Konsert terbesar ini bakal terpahat sebagai sejarah sekiranya ia berjaya direalisasikan seperti yang dirancang.
Oleh itu, Konsert Milenia sangat memerlukan sokongan semua, (penggiat muzik dangdut khasnya) untuk dijadikan penanda aras kepada konsert seterusnya pada masa akan datang sekaligus dapat membuka ruang kepada lebih ramai lagi penyanyi yang memperjuangkan irama ini untuk mengadakan persembahan.
Justeru itu, untuk memberikan persembahan yang lebih varisi, Mission Sight Sdn Bhd juga sedang mencari mencari seorang penyanyi lelaki dari Malaysia atau Indonesia yang bersesuaian untuk menyampaikan lagu-lagu Rock Dangdut.
Semoga dengan kehadiran penyanyi lelaki tersebut dapat menjadi pengemudi kepada konsert ini kelak, memandangkan semua barisan artis yang bakal membuat persembahan dibarisi wanita.
Tiket Konsert Milenia boleh didapati di tiket2u.com.
Masih mengekalkan Stadium Malawati Shah Alam sebagai venue konsert, penganjur telah memilih 25 November 2023 sebagai tarikh baharu selepas mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan bersama dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam berkaitan perkara ini.
Pihak penganjur, Mission Sight Sdn Bhd menghargai pandangan dan nasihat dari pihak atasan Majlis Bandaraya Shah Alam tentang perkara ini.
Pengarah Urusannya, Jeffri Yaacob berkata, sudah menjadi tanggung jawab penganjur agar sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan dapat menjaga keharmonian semua pihak.
“Diharap dengan penundaan Konsert Milenia ke tarikh yang lebih sesuai dapat membuka ruang kepada lebih ramai lagi penonton untuk sama-sama memeriahkan acara ini bersama-sama dengan kami.
“Tambahan lagi, kami juga bercadang untuk mengadakan Muzik Milenia Food Festival selama empat hari berturut-turut di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam bermula pada 23 hingga 26 November 2023.
“Pihak kami sedang merangka strategi untuk menyediakan pelbagai acara yang dibarisi oleh selebriti, TikTokers dan usahawan tempatan.
“Justeru itu, kami berbesar hati ingin mempelawa TikTokers, vendor-vendor makanan atau produk viral tempatan termasuk Indonesia untuk menyertai festival ini.
“Ia secara tidak langsung dapat mencapai objektif kami untuk mengukuhkan kerjasama di antara dua negara iaitu, Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Dalam pada itu Jeffri berharap agar penundaan tarikh konsert ini juga dapat memberi peluang pemasaran lebih meluas kepada Konsert Milenia.
“Kami juga berharap agar dapat menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia ke negara ini. Siapa tahu Konsert Milenia dimasukkan ke dalam itinerari percutian hujung tahun mereka,” katanya.
Ubah Persepsi Negatif, Nama Acara Ditukar
Terdahulu, konsert ini menjadi tular kerana dinamakan sebagai ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’, telah mengundang persepsi negatif segelintir masyarakat.Prihatin dengan isu tersebut, penganjur telah melakukan penjenamaan semula dengan menukarnya kepada ‘Konsert Milenia’, yang dilihat lebih universal sekaligus menghapuskan persepsi kurang enak dalam kalangan masyarakat.
“Kami sedar genre dangdut sering mengundang persepsi negatif sehingga mencetus kebimbangan dalam kalangan masyarakat disebabkan tarian gelek dan aksi seksi yang dianggap mencolok mata dan lucah.
“Persepsi sedemikian timbul mungkin disebabkan orang kita sudah terbiasa disajikan dengan persembahan dangdut dan gelek di Indonesia.
“Di Malaysia, kita ada garis panduan yang perlu dipatuhi dan segala terma serta syarat penganjuran konsert Milenia ini telah ditapis oleh 14 agensi di bawah PUSPAL.
“Garis panduan yang disediakan juga tegas iaitu, tidak membenarkan para artis yang membuat persembahan mengenakan pakaian seksi dan terdedah, persembahan tidak menonjolkan unsur-unsur lucah seperti bergelek berlebihan dan mencolok mata serta yang boleh memberi impak negatif,” katanya.
Penganjur turut memberi jaminan bahawa Konsert Milenia tidak akan dicemari dengan aksi tidak senonoh serta negatif seperti dakwaan sesetengah pihak.
Konsert Milenia dan lebih bersifat kekeluargaan dan mesra penonton memandangkan ia diadakan ketika musim cuti persekolahan.
Dangdut irama serumpun
Objektif penganjuran konsert ini adalah untuk memartabatkan muzik dangdut di Malaysia yang selama ini dipandang sebagai genre muzik kelas kedua.Sedangkan irama dangdut memiliki kekuatan dan keistimewaan tersendiri dan sangat menghiburkan.
Buktinya, dalam beberapa siri busking yang dijalankan di Bukit Bintang sebelum ini, rata-rata penonton terhibur dengan persembahan yang disajikan.
Di media sosial seperti TikTok juga, genre ini turut menjadi pilihan anak muda dan kebanyakannya tular.
Keistimewaan muzik dangdut ialah, ia boleh dimainkan dalam pelbagai versi. Seiring kemajuan teknologi, Indonesia juga telah menjadikan irama ini lebih moden dan segar, menjadikan ia lebih mudah diterima segenap lapisan masyarakat.
“Kerjasama dengan Nagaswara sedikit sebanyak dapat membantu perkembangan muzik dangdut di Malaysia dengan penghasilan lagu-lagu baru menggunakan teknologi terkini.
“Diharap genre dangdut di Malaysia yang diperbaharui dan disegarkan mampu meneroka pasaran luar negara, sekaligus mewujudkan peluang kepada artis-artis dangdut tanah air untuk mengembangkan lagi karier mereka.
“Kami juga telah memohon sokongan untuk menjalinkan kerjasama bersama MOTAC dan Tourism Malaysia untuk mempromosikan Malaysia menerusi muzik.
“Dan dangdut dipilih kerana ia irama universal yang boleh menyatukan dua negara serumpun,” kata Jeffri lagi.
Konsert Milenia bakal cipta sejarah
Konsert Milenia bakal mencipta sejarah apabila menampilkan ratu dangdut Malaysia dan Indonesia iaitu Amelina, Ani Maiyuni, Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-Klepek dan Rheyna Morena.Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima juga akan turut serta menjayakan konsert ini kelak.
Bagi menarik peminat-peminat muda, DJ Dugem popular iaitu, DJ ACE dan DJ Bob Arjuna turut diundang untuk memeriahkan lagi malam konsert dengan persembahan muzik berirama Dugem yang sedang menjadi trending di TikTok.
Konsert terbesar ini bakal terpahat sebagai sejarah sekiranya ia berjaya direalisasikan seperti yang dirancang.
Oleh itu, Konsert Milenia sangat memerlukan sokongan semua, (penggiat muzik dangdut khasnya) untuk dijadikan penanda aras kepada konsert seterusnya pada masa akan datang sekaligus dapat membuka ruang kepada lebih ramai lagi penyanyi yang memperjuangkan irama ini untuk mengadakan persembahan.
Justeru itu, untuk memberikan persembahan yang lebih varisi, Mission Sight Sdn Bhd juga sedang mencari mencari seorang penyanyi lelaki dari Malaysia atau Indonesia yang bersesuaian untuk menyampaikan lagu-lagu Rock Dangdut.
Semoga dengan kehadiran penyanyi lelaki tersebut dapat menjadi pengemudi kepada konsert ini kelak, memandangkan semua barisan artis yang bakal membuat persembahan dibarisi wanita.
Tiket Konsert Milenia boleh didapati di tiket2u.com.
#Konsert
#Amelina
#Dangdut
#Baby Shima
#Maulidur Rasul
#Tunda
#November
#Koplo
#Konsert Milenia
#Stadium Melawati