BERITA
“Hormatlah Sedikit Orang Lain..”- Isu Usahawan Disimbah Air, Pemilik Restoran Tampil Dedah Rakaman Video Kejadian
Sejak semalam tular di media sosial rakaman video seorang pengasas kosmetik yang menggunakan nama sebagai Datuk Seri Eein disimbah air ketika sedang membuat Facebook (FB) Live di sebuah restoran.
Datuk Seri Eein yang pada awalnya sedang berinteraksi dengan pengikutnya di FB sambil menikmati makanan di restoran Nasi Daging Sempoi telah didatangi seorang lelaki yang difahamkan pelanggan kedai itu secara tiba-tiba menyimbah air berwarna merah.
Susulan kejadian, pemilik restoran kejadian tampil bersuara dengan memuat naik video ramakan ketika kejadian di akaun FB Nasi Daging Sempoi.
“Assalammualaikum saya mintak maaf kepada pelanggan Nasi Daging Sempoi yang berada dalam kejadiaan ini.
“Sebagai pemilik kedai, saya berharap benda sebergini tidak akan terjadi lagi di kedai saya. Hormatlah sedikit orang lain dan saya sebagai pemilik harap mereka (yang bergadung dalam video) boleh selesaikan dengan cara baik. Kerana mulut badan binasa!” katanya.
Menerusi entri tersebut, pemilik itu memuat naik video yang dirakaman ketika kejadian itu berlaku di restorannya.
Kelihatan pelanggan yang berada di hadapan meja Datuk Seri Eein itu bangun dan terus menyimbah air dengan menarik leher bajunya hingga terjatuh dari kerusi yang diduduk.
Pelanggan itu juga memberi amaran untuk tidak membuat FB Live ketika berada di tempat awam dan meminta menghormati pelanggan lain.
Rata-rata mereka telah menyokong tindakan lelaki yang menyimbah air tersebut kerana berasa berang dengan celoteh usahawan itu yang dianggap kurang ajar.
Namun begitu, ada juga yang menyatakan lebih elok andai mereka berbincang dengan cara baik kerana ramai lagi pelanggan yang ingin menikmati makanan di kedai makan tersebut.
Sementara itu tak kurang juga yang mengatakan aksi tersebut hanya sebuah lakonan untuk melariskan produk.