Hiburan
Hos Go Shop Bekerja Dari Rumah Untuk Memberi Pengalaman Membeli-Belah Menghiburkan Kepada Rakyat Malaysia
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID-19, Go Shop kekal komited untuk menyediakan keperluan harian semua rakyat Malaysia dengan menjalankan perniagaan seperti biasa.
Pada masa ini, Go Shop terus menjadikan pengalaman membeli-belah 24/7 menyeronokkan dan menghiburkan di semua platform.
Untuk memastikan keselamatan semua pelanggan, kakitangan dan rakan kongsi penghantaran, Go Shop juga bekerjasama dengan rakan logistik untuk memastikan langkah berjaga-jaga turut diambil seperti pembasmian kuman di kawasan kilang dan pemeriksaan suhu untuk semua pekerja serta pengendali penghantaran.
Di samping itu, Go Shop turut bersiaran secara langsung menerusi ‘Facebook LIVE’ di mana hos-hos Go Shop akan mengambil giliran untuk mengendalikan sesi siaran langsung dengan menggunakan telefon bimbit dan komputer riba mereka dari rumah.
Setiap sesi akan mempamerkan produk berlainan termasuk pembuat sandwic, mop wap, periuk nasi, penyembur pembersih tangan (hand sanitiser) dan banyak lagi. Hos-hos pula boleh berinteraksi dengan para penonton dan menjawab sebarang pertanyaan yang berkenaan, secara langusung menerusi ‘Facebook LIVE’.
Go Shop juga telah melancarkan kempen ‘Let’s Take Care’, bermula 27 Mac hingga 30 April 2020 untuk menggalakkan rakyat Malaysia terus duduk di rumah, kekal selamat dan membeli-belah dengan Go Shop. Semua pelanggan boleh menikmati potongan segera sebanyak RM 30 (kod: CARE30) atau RM 60 (kod: CARE60) apabila mereka membeli-belah dengan Go Shop.
Semua rakyat Malaysia boleh membeli keperluan harian dan menikmati pengalaman membeli-belah yang menghiburkan melalui www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop.