gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Suka ‘Goyang Kaki’ Di Rumah, Remy Ishak Seronok Bantu Isteri Uruskan Anak - “Dia Tak Paksa & Suruh Pun Tapi…”
HIBURAN
Suami Ifa Raziah Tak Pernah Kedekut, Punca Rezeki Sentiasa Murah - “Saya Minta Nak Beg LV & Jam Rolex, Dia Belikan…”
VIRAL
‘Ija’ Buat Laporan Hilang Rupa-Rupanya Rancang Sandiwara Sendiri Larikan Diri Ke Negara Jiran
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hos Live Buat Peminat ‘BASS’ Marah, Tuntut Permohonan Maaf Kepada Bella Astillah - “BASS Korang Salah Pakai Baju…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
19/07/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Hos Live Buat Peminat ‘BASS’ Marah, Tuntut Permohonan Maaf Kepada Bella Astillah - “BASS Korang Salah Pakai Baju…”
Tindakan hos yang mengendali siaran langsung (live) akaun pengasas produk kosmetik Inayah Beauty menegur pakaian Bella Astillah mengundang kemarahan peminat penyanyi itu yang dikenali sebagai BASS.

Baju tak ikut tema

Menerusi video yang tular, hos tersebut berkata Bella yang hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Bersama Yayasan Nurjiwa pada Jumaat tidak memakai baju mengikut tema.

“Tengok BASS, ha nak tengok sangat. Eh ini live ini owner dia ni tau, belah kiri itu. Korang sibuk nak tengok orang lain. Apa korang ini.

“BASS korang salah pakai baju… orang suruh pakai baju putih, dia pakai baju biru. Tak faham aku. Dah salah tema kan, nampak tak,” kata hos itu.
Percakapan hos itu membuatkan peminat BASS berasa kurang senang nak mula ‘menyerang’ akaun TikTok pengasas kosmetik itu iaitu Dini Latifi.

Tak profesional

Menerusi ruang komen, peminat BASS mahu menuntut hos tersebut membuat permohonan maaf kerana beranggapan kata-kata hos itu tidak profesional.
“Cara dia bercakap di live tidak profesional dan memalukan. Nada cakap dia sangat biadab. Patut pilih orang lain. Tak kisah dia staf anda atau tidak.

“Nada hos tak macam bergurau pun. Dan siapa dia kalau nak bergurau pun? Sangat tak sesuai komen atau cakap macam itu masa live. BASS ada buat apa sampai macam itu sekali dia bagi komen kasar.

“Kenapa hos itu kutuk-kutuk Bella. Dia tahu la view tadi banyak sebab semua nak tengok BASS saja. Dia kena cakap minta maaf ya pada BASS dan peminat BASS,” komen mereka.

Mohon maaf

Bagaimanapun Dini menerusi TikTok miliknya tampil memohon maaf atas kekhilafan hos tersebut dan menafikan individu itu adalah pekeranya.

“Maaf atas kekhilafan hos, itu bukan staf Inayah Beauty. Kami pun peminat BASS. Bella pun dah empat tahun bersama kami. Inayah Beauty sayang Bella. Jangan boikot kami,” tulisnya.

@rossareeniofficial #bellaastillah #syedsadiq #bass #muarsabahlove #inayahbeauty #fypシ ♬ original sound - RossAreeniOfficial💫
Topic Berkaitan
#Bella Astillah
#Syed Saddiq
#Bass
#TikTok Live
#Peminat BASS
#Hos live
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement