Hospital Medan Tawau Giat Dibangunkan, KKM Ucap Terima Kasih Pada Angkatan Tentera Malaysia
Azwa Rahman
15/10/2020 23:14 MYT
15/10/2020 23:14 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan ucapan terima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana bekerjasama dalam mendirikan hospital medan di Tawau, Sabah.
Menerusi laman sosial Facebook rasmi miliknya, Noor Hisham memuat naik beberapa keping gambar persediaan dan kerja-kerja pembinaan yang giat dilakukan di Dewan Kompleks Sukan Tawau.
Terletak 10 minit dari Hospital Tawau, hospital medan ini akan menempatkan pesakit bukan COVID-19 khususnya untuk perkhidmatan obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik dan pembedahan am.
“Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes-kes yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3 – 5) termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan khususnya Semporna, manakala kes-kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori 1 dan 2) akan terus ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID19 Berisiko Rendah (PKRC).
“Kementerian menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya ATM membantu menjayakan hospital medan ini,” ujar beliau lagi.
Di ruang komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar semua urusan merawat dan mencegah pandemik ini dipermudahkan.
Mereka turut memuji langkah Kementerian Kesihatan Malaysia dan ATM di atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan dalam menjayakan pembinaan ini.
Terdahulu, ATM dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan, Perkhidmatan Kesihatan melalui Kor Kesihatan Diraja akan menghantar 72 petugas dan kelengkapan hospital medan ke Tawau, Sabtu ini.
Ia membabitkan 12 pegawai dan 60 anggota sokongan perubatan yang akan dibawa melalui penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi tempoh sekurang-kurangnya selama tiga bulan.