Hot Daddy! Ini 5 Wajah Selebriti Kacak Yang Selalu Curi Tumpuan

Zulaikha Yusof
April 22, 2020 08:44 MYT
Menjadi seorang selebriti dan ayah dalam masa yang sama sering mendapat perhatian dalam setiap perkara.
Menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah dan public figure bukan satu kerja yang ringan. Namun, rata-ratanya berjaya menjadi ikon dan menunjukkan contoh yang baik kepada umum.
Kali ini, Gempak senaraikan lima selebriti yang digelar hot daddy :
1. Awal Ashaari
Berkahwin dengan pelakon dan pengacara Scha Alyahya pada 4 Mei 2012. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Lara Alana.
Umum tahu anak perempuan cenderung untuk lebih rapat dengan ayah. Ayah bukan hanya berperanan sebagai hero yang melindungi tetapi sebagai pembentuk karakter hebat.
Keakraban serta kemesraan Awal dan Lara sering dikongsikan di akaun Instagram (IG) masing-masing. Walaupun Awal sibuk dengan kerjaya seni namun Lara sentiasa menjadi prioriti utama dalam kehidupannya.
2. Fizo Omar
Merupakan seorang pelakon dan usahawan terkenal, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar membuat keputusan bercerai dengan isterinya, Mawar Abdul Karim yang juga seorang pengusaha tudung selepas enam tahun berkahwin.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang berusia tiga tahun. Walaupun sudah tidak bersama, Fizo dan Mawar masih kekal berkawan baik demi Maryam.
3. Norman Hakim
Masih kekal tampan walaupun sudah berusia 45 tahun. Norman mempunyai enam orang anak hasil daripada dua perkahwinan.
Norman pernah berumah tangga dengan pelakon Abby Abadi dan mempunyai tiga orang anak iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Kedua-dua pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai pada April 2006.
Pada 24 September 2011, Norman dan Memey Suhaiza berkahwin. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Keakraban keluarga Norman dan Abby menjadi contoh kepada ibu bapa lain untuk bersatu dan membuang sifat ego demi kebahagiaan anak-anak.
4. Aeril Zafrel
Aktif di aplikasi Tik Tok sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Suami dan usahawan Wawa Zainal ini mempunyai tiga orang anak hasil daripada perkahwinan mereka.
Apa saja content Aeril di media sosial bersama anaknya, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffya akan menjadi perhatian warganet yang rata-ratanya terhibur menonton.
5. Aliff Aziz
Ayah kepada Mohamad Ayden Adrean ini sering terpalit dengan kontroversi curang terhadap bekas isterinya, Bella Astillah.
Aliff pernah dikaitkan mempunyai skandal dengan beberapa orang selebriti wanita antaranya Afifah Nasir dan Oktovia Manrose.
Aliff dan Bella bercerai secara baik pada 21 Mac 2019 namun pada tahun ini pasangan ini seakan-akan memberi gambaran mereka kini sudah berbaik semula.
Bagaimana pula dengan kisah keluarga Narendra? Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).
Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.
Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.
Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Sebelum ini Astro Shaw bergiat cergas bekerjasama dengan penggiat Indonesia dengan memasarkan filem seperti Bumi Itu Bulat dan Dua Garis Biru di Malaysia.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April ini. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
#NKCTHI #Hot Daddy