MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2019
Hot Mummy! Ini Gaya Comel & Cantik Nora Danish Sepanjang MLS
Kehadiran juri tetap Muzikal Lawak Superstar (MLS) Nora Danish seringkali mendapat perhatian peminat.
Lebih-lebih lagi apabila Nora tampil yang tampil pada setiap minggu cukup sporting mengenakan fesyen mengikut tema yang diberikan MLS.
Malah setiap kali Nora memuat naik foto-foto yang merakamkan gayanya di MLS, pasti mendapat pujian daripada peminatnya.
Rata-ratanya memuji kecantikan dan kecomelan pelakon itu selain meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat gaya Nora di MLS peringkat akhir yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.
“Minggu depan pakai Bollywood... Mesti cantik gila,” komen @azlinazan
“Comelnya kak Nora tak ada siapa boleh lawan comel kak Nora dari dulu sampai sekang,” puji @miaaravains
Di sini kami kongsikan fesyen terbaik Nora sepanjang MLS berlangsung.
Must-Watch Video