The Hotel Tak Ciplak Hotel Del Luna, Bukan Copy Penthouse
Maliah Surip
13/09/2021 05:45 MYT
13/09/2021 05:45 MYT
Penerbit, Michael Ang, pengarah, Helmi Yusof, barisan pelakon The Hotel seperti Mira Filzah, Sean Lee dan Datin Paduka Eina Azman menafikan naskhah terbaharu yang akan menemui penonton pada 15 September ini diciplak dari drama popular Korea Selatan, Hotel Del Luna.
Menurut Michael, dia dan pengarah tidak pernah merujuk atau mengambil inspirasi dari drama berkonsepkan 'hantu' tersebut sewaktu memikirkan untuk menerbitkan The Hotel.
"The Hotel tak tiru Hotel Del Luna. Jika kita nak tiru pun pasti tak lulus sebab drama tersebut ada tentang roh hidup balik dan apalah, pasti tak akan lepas.
"Idea menghasilkan drama ini tercetus sejak PKP 1 apabila kita semua tak boleh keluar rumah dan melakukan aktiviti sewaktu pandemik COVID 19 terjadi.
"Banyak orang kaya duduk dalam hotel, jadi kita buat cerita tentang kejadian dalam hotel.
"Kebetulan, namanya The Hotel sebab ia memang dirakamkan di satu lokasi sahaja iaitu hotel.
"Tapi The House tak copy drama Korea Penthouse atau Hotel Del Luna. Bukan dan salah tekaan netizen," ujar Michael Ang dalam sesi sidang media The Hotel yang dilangsungkan secara virtual pada Ahad.
Tak melatah, Helmi pula berterima kasih kepada netizen kerana telah mempromosikan naskhah arahan terbaharunya sebelum sempat ditayangkan.
"Saya tak sentap, tapi ini tanda positif untuk The Hotel dan hype telah ada," katanya.
Malah katanya, dia menjangka penonton akan terkejut apabila menyaksikan drama ini kelak.
"Subject matter lain, selain isu sosial dan skandal, karakter dalam this project very colorful. Orang mungkin akan sedikit terperanjat.
"Kita menyentuh tentang normal isu yang kurang diketengahkan dengan jelas, katanya lagi.
Bagi Mira yang mengaku tidak pernah menonton drama Hotel Del Luna, dia terus mencari tahu megenai cerita Korea itu demi memastikan adakah ia mempunyai persamaan dengan naskhah terkini lakonannya.
"Saya tidak pernah menonton drama tersebut, namun setelah google, ia totally berbeza,bukan cerita hantu. The Hotel akan menyaksikan watak lakonan saya, Raisa menjadi sangat psiko.
"Mungkin hanya sebab lokasi dalam hotel, tak copy atau diinspirasi daripada mana mana K drama," kata Mira.
Sean pula menyambung: Storyline lain, tapi ini bagus (perbandingan) sebab ia memulakan perbualan sesuatu drama."
Eina Azman yang membawa watak Julia mengatakan diadili oleh netizen adalah normal.
"Adat la kena judge dengan netizen. Sebelum keluar dah cakap itu dan ini. Tunggu dan lihat kemudian you can judge," katanya.
The Hotel yang menjalani penggambaran di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson mengisahkan tentang Raisa seorang gadis yang tinggal bersama ibunya, Maya yang memiliki salah sebuah empayar perniagaan terbesar di negara ini.
Hidup dalam kemewahan, Raisa sebenarnya mempunyai sifat psikopat di mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh. Sean muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa.
Walaupun seusia dengan Raisa, Sean mengakui yang dirinya pakar bedah dan ini amat dicurigai oleh Raisa. Cerita Sean sentiasa berubah-ubah. Sean, si pembohong patologi, jatuh cinta dengan Raisa dan harus memutuskan dia setia kepada Raisa atau menyerahkannya sebelum dia bunuh lebih banyak orang yang tidak bersalah.
Drama yang mengetengahkan salah seorang anggota kumpulan K Clique, MK sebagai pelakon ini akan ditayangkan dalam slot Megadrama di saluran Astro Ria 104 pada pukul 10 malam setiap Isnin hingga Khamis bermula 15 September 2021 ini.