Hiburan

Hotel Terbakar, Kyuhyun Ditinggalkan Pengurus Ketika Sedang Tidur

gempak
Mya Amri
27/02/2017
13:01 MYT
Sponsor Banner
Hotel Terbakar, Kyuhyun Ditinggalkan Pengurus Ketika Sedang Tidur
Peminat Super Junior mengamuk sebaik sahaja mengetahui berita mengenai anggota kumpulan tersebut iaitu Kyuhyun ditinggalkan berseorangan dalam sebuah hotel yang terbakar.
Difahamkan ketika kejadian berlaku, Kyuhyun sedang tidur dengan lena manakala pengurus serta staff yang lain keluar minum di sebuah café berhampiran.
Sebaik sahaja berita tersebar di media sosial, peminat meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pengurus terbabit.
Menurut sumber yang dikenali dengan menggunakan id Kyuschedule_bot di Twitter memberitahu penyanyi itu terpaksa mengambil suntikan untuk memperbaiki ‘vokal chord’ sebelum konsert berlangsung.
“Ketika konsert berlangsung, Kyuhyun telah menangis dan memohon maaf kerana tidak dapat menyanyikan lagu berjudul ‘At Gwanghwamun’ kerana terhidu asap tebal.
“Asap tersebut telah memberikan kesan kepada suaranya sehingga terpaksa mengambil suntikan. Tahu tak kejadian ini telah meluluhkan hati peminat.
“Kamu begitu bangga berehat dan sempat memuatnaik foto dengan hashtag #Kyuhyunstaff sedangkan Kyuhyun sendiri sedang tidur dalam asap tebal,” luahnya.
Bagaimanapun sebaik saja mengetahui pengurusnya menerima kecaman, Kyuhyun tampil memberikan penjelasan menerusi akaun Twitternya pada Ahad.
Kyuhyun atau nama sebenarnya Choi Kyuhyun berkata kejadian tersebut tidak ada kaitan dengan pengurusnya dan meminta supaya peminat tidak salah faham.
“Saya rasa ada sedikit salah faham mengenai kebakaran yang berlaku di Taiwan sebelum konsert berlangsung.
“Saya memang ada bersama dengan pengurus serta staff yang lain di dalam bilik dan kami berkumpul sambil berbincang mengenai konsert.
“Kami dikhabarkan mengenai kebakaran tersebut dan difahamkan keadaan terkawal. Jadi daripada kena turun anak tangga dan menghidu asap tebal, saya telah memilih untuk duduk di dalam bilik sahaja.
“Semua orang kecuali saya telah berkumpul diluar hotel selama tiga jam. Saya rasa ini semuanya salah saya kerana terlalu fokus bekerja dan menganggap kebakaran itu tidak serius.
“Saya tidak mahu perkara ini menjadi kontroversi selepas konsert berlangsung, selamat malam!” jelasnya panjang lebar.
Terdahulu, kebakaran itu berlaku disebuah hotel di Taipei pada Sabtu lepas dan Kyuhyun dijadualkan untuk mengadakan konsert di negara tersebut pada keesokan harinya.
Olahan: Mya Amri
Sumber: Koreaboo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024