Skip to main content

Rancangan TV

The House Akan Kembali Dengan Musim Keenam! Ini Lima Perkara Yang Bakal Anda Saksikan...

the-house1befunky-collage.jpg
Berita gembira kepada semua penonton setia The House! Program kegemaran ramai ini bakal kembali dengan musim keenam dengan sisi yang berbeza dan lebih menarik.

Seperti musim-musim sebelumnya, The House mempunyai perbezaan dari segi kekuatan pada setiap selebriti yang ditampilkan.

Di sini, Gempak senaraikan lima perkara yang bakal anda saksikan dalam The House musim keenam tidak lama lagi.

Kemewahan

Ya, untuk musim keenam ini, The House akan menampilkan gaya hidup 'fabulous' yang menjadi idaman ramai.

Malah, gaya hidup keluarga dan rakan-rakan yang akan ditampilkan juga bukan calang-calang, semuanya mengikut trend, mewah dan bergaya!

Fesyen

Selain gaya hidup mewah, The House musim keenam juga akan menjamu mata penonton kerana individu-individu yang akan ditampilkan sangat bergaya malah terkenal dalam industri fesyen tempatan dan antarabangsa.

Ikatan Kekeluargaan

Bukan sekadar memaparkan gaya hidup mewah dan fesyen, penonton juga dapat menyaksikan kualiti ikatan kekeluargaan.

Manakan tidak, individu yang akan ditampilkan ini tidak pernah mengetepikan keluarga terutamanya anak-anak tidak kira di mana sahaja dia berada, anak sentiasa menjadi keutamaan!

Persahabatan

Selain keluarga, semua orang memerlukan sahabat baik untuk berkongsi kegembiraan serta menjadi tempat mengadu. Anda akan lihat betapa pentingnya nilai persahabatan dalam The House musim keenam ini. Pelbagai kisah menarik akan dipaparkan khas buat anda semua!

Keseronokan

Program realiti ini sudah pasti menjamin keseronokan kepada setiap penonton kerana setiap episod mempunyai kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri.

Apabila pelbagai kisah ditampilkan bersama elemen gaya hidup mewah dan fesyen bertaraf antarabangsa, sudah tentu ia lebih menarik dan memberi kepuasan kepada penonton.

Jadi, anda harus bersedia mulai saat ini, siapakah yang akan ditampilkan? Stay tune!



Must-Watch Video

Advertisement