Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

House Of Champions Sahkan Belum Terima Sebarang Notis Tuntutan Daripada Amy & Nasir Search

Asraf Aided
24/05/2021 09:40 MYT
Baru-baru ini, terdapat kenyataan memberitahu pihak Home Of Champions (HOC) telah menggunakan nama SEARCH tanpa kebenaran untuk menjual pakaian dan aksesori di beberapa laman web antaranya www.fenomenasearch.com.

Ekoran itu, pengurus HOC, Mozylir Mokhtaruddin tampil dengan satu kenyataan media memberi penjelasan daripada pihaknya.

Menurut kenyataan itu, pihak HOC belum menerima apa-apa notis tuntutan dari pihak Amy dan Nasir setakat kenyataan dibuat hari ini.

Sementara untuk memberi pencerahan lanjut, satu sidang media secara virtual akan diadakan pada Jumaat ini, pukul 3 petang.

"Untuk segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap perkara ini, akan dijelaskan kepada umum ketika sidang media virtual ( live online ) pada Jumaat 28hb Mei 2021, pukul 3 petang.

"Sidang media ini akan turut dihadiri oleh barisan peguam kami dan pihak SEARCH.

"Pihak media cetak dan media elektronik dijemput menghadiri sidang media ini untuk mengutarakan segala persoalan. Pihak kami dan SEARCH band akan menjawab segala tuduhan dan pertanyaan dari pihak media," katanya.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut memaklumkan operasi perniagaan HOC juga berjalan seperti biasa.

"Pihak HOC juga ingin memaklumkan kepada pelanggan dan peminat, operasi perniagaan kami berjalan seperti biasa dan akan meneruskan aktiviti pemasaran seperti yang dirancang.

"Pihak kami memohon maaf diatas segala kesulitan," katanya lagi.

#Amy Search #Search #Nasir #Isu #Amy #HOC #House Of Champions #Serach #Sidang Media
;