THE HOUSE 6

The House Episod Kedua...Penonton Suka Cara Ezurin Didik Anak-Anak!

Asraf Aided 29/10/2020 | 05:20 MYT
The House musim keenam telah membuka tirai dengan episod pertama pada 21 Oktober lalu.
Memasuki episod kedua malam tadi, program realiti yang menampilkan gaya hidup bekas model, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra semakin mendapat perhatian dan menerima banyak respon positif daripada penonton.
Berdasarkan pemerhatian Gempak di Twitter dan Instagram, ramai yang memuji cara Ezurin mendidik anak-anaknya. Pada masa yang sama, ada juga yang memuji adab dan sikap merendah diri ibu kepada lima cahaya mata itu.
"OMG I love how princess Ezurin Khyra didik her child!" tulis @_kshxf di Twitter.
"I suka you...seriously, tidak kira siapa, dimana atau apa situasi, adab dan sabar, sikap merendah diri you show the real Princess E" tulis @mint_frd di Instagram.
Pada masa yang sama, ada juga penonton yang merasakan The House kali ini sangat menghiburkan.
"The House Ezurin ni sangat menghiburkan, you can't really take it seriously and get offended by it, cause it is funny, pure TV entertainment!" tulis @luqzkh di Twitter.
Sementara itu, sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, Ezurin ada berkongsi video menceritakan tentang kawan baiknya, Sharifah Haslinda mengejutkan dia dari tidur pada pukul 3.30 pagi untuk mendirikan Solat Tahajud.
Video itu dikongsi menerusi ruangan Instagram Story di akaun Instagram miliknya (@ezurinkhyra) awal pagi tadi.
The House bersama Ezurin dan lima anaknya turut menampilkan rakan rapatnya, Magie Abang Saufi.
Program ini bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse. Program ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca Gempak yang beragama Islam.
#The House #Ezurin Khyra #Musim Keenam