The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra telah memasuki episod ketujuh malam tadi.

Semakin menghampiri penghujung, program realiti ini mendapat lebih banyak sambutan dan respon positif dari penonton.

Menerusi tinjauan Gempak di Twitter, terdapat pengikut setia The House yang sudah mula meluahkan keterujaan mereka beberapa jam sebelum episod malam tadi ditayangkan.

Tweet mengenai perkara-perkara menarik yang berlaku sepanjang episod itu terus berlarutan sehingga selepas program.

"Okay malam ni nak tengok! Hope boleh balik awal," tulis @alfeeeeeeeq_

"Yeahhh. Tak sabar malam ni!!" tulis @HadiAlKeromari

Kemudian, netizen mula berkongsi reaksi tentang Ezurin keluar berkenalan dengan dua lelaki dan nilai positif yang dikongsi Ezurin dalam episod tersebut.

"Ok, her kids tak restu her being back in the dating world again," tulis @nabillaaeiman

"Yes true, kita kena always be polite dengan semua orang. Especially someone new, It's a good advice, Ezurin," tulis @iena_zainaL

"Not bad eh second date Ezurin, Mak taste," tulis @puterinadiaaaa

"Anak mesti nak yang terbaik untuk emak kan," tulis @Tinta_Putih

"Amaan is being protective sebab itu mak kot, siapa tak sayang mak kan," tulis @iena_zainaL









Selain menampilkan Ezurin, turut menjadi tarikan dalam The House adalah lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra serta rakan baiknya, Magie Abang Saufi.

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Kepada anda yang terlepas untuk menyaksikannya, usah risau kerana anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand, atau tonton sahaja semua episod yang telah ditayangkan di aplikasi Astro Go pada bila-bila masa.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.