Selepas beberapa tahun bekerja, adakah anda seronok dan menikmatinya? Yang sebenarnya ada beberapa tanda boleh dilihat jika anda ‘enjoy’ dengan kerja dilakukan.

Selalunya orang yang ‘enjoy’ dengan kerja ni akan:

1. Datang awal ke tempat kerja
Dia tak kisah datang awal, lepastu tak sabar pula nak tunggu hari esok untuk lakukan kerja-kerja baru. Semangat dia memang luar biasa!

2. Tidak kisah kerja lebih masa
Orang yang seronok bekerja ni dia tak kisah kerja lebih masa. Serius! Malah, dia takkan berkira pun…Korang ada ciri ni tak?

3. Sentiasa berwajah ceria dan berseri-seri
Ini memang yang paling jelas! Kalau korang seronok dengan kerja sekarang, setiap kali pergi ofis muka mesiti sentiasa tersenyum dan ceria. Kalau yang asyik masam mencuka tu…tandanya dah kena cari kerja baru!

4. Siapkan kerja dengan cepat
Bila bekerja dengan rasa seronok, kerja disiapkan tanpa disedari. Dan yang paling bagusnya sebelum due date kerja dah siap.

5. Bangga dengan kerja yang dilakukan
Bukan senang nak capai tahap ni. Korang tak kisah andai di mata orang lain mungkin kerja yang korang lakukan itu tidak hebat. Yang penting setiap kali ditanya korang akan menceritakan kelebihan-kelebihan tempat kerja korang pada orang lain dan bangga beritahu kepada orang lain di mana dan apa kerja dilakukan. Yass!

8. Digelar workaholic
Mesti ada kawan-kawan yang akan bagi gelaran ni kat korang. Jangan risau, anggap ia pujian dan penghargaan kepada diri anda!

[EPISOD PENUH] How Not To Lose Your Job - EPISOD 6 - Masalah Kira Selesai!

Korang dah tengok How Not To Lose Your Job episod 6. Sitkom komedi ini bukan kaleng-kaleng ya. Banyak pengajaran yang boleh kita dapati.

Sepanjang episod pertama sehingga keenam, kita boleh nampak yang Miss JJ (lakonan Sangeeta) dan rakan-rakannya, A.M Fansuri (Taufiq Izmir Tawaff), Lola (Dee Al Hadi), Hup Hee (Tang Meng Kheng) dan Julian (Charles Robert) dan Amu Ratnam (lakonan Sukania Venugopal) seronok dengan kerja yang mereka buat!

Mana tidaknya, walaupun tahu syarikat sedang mengalami masalah mereka berusaha juga untuk pulihkan keadaan kerana seronok dengan kerja yang mereka lakukan walaupun Boss (Che Kem) selalu tak puas hati!

Mampu atau tidakmereka mempertahankan periuk nasi dan menaikkan jumlah pembaca Bawang Inc untuk meyakinkan Boss supaya tidak menutup syarikat?

Jangan lupa saksikan sitkom mencuit hati ini yang ditayangkan pada setiap Isnin, pukul 9.30 di laman web Gempak dan di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.