Hiburan
How Not To Lose Your Job, Tapi Kalau Hilang Kerja Juga…Ini Persediaan Buat Diri Korang
Kadar pengangguran di negara ini semakin meningkat lebih-lebih lagi selepas ekonomi negara terjejas akibat pandemik COVID-19.
Bukan hanya di Malaysia, malah seluruh dunia berdepan krisis seumpamanya ketika ini.
Perkara ini pastinya merunsingkan orang ramai yang mungkin bimbang akan kehilangan pekerjaan susulan krisis ini.
Justeru dalam berhadapan situasi yang sukar ini, anda yang perkejaan mereka terjejas disarankan untuk kekal tenang.
Dalam masa sama, kami kongsi lima tip yang mungkin boleh membantu anda:
#1 Fahami perasaan anda
Normal untuk rasa bimbang kerana akan kehilangan pekerjaan tetapi kalau boleh jangan memendam perasaan dan mengambil masa untuk memahami perasaan tersebut.
Apa yang boleh anda lakukan adalah meluahkan perasaan anda di dalam diari atau jurnal, bercakap kepada rakan-rakan sejawatan atau kenalan rapat.
Anda mungkin akan merasa lega untuk meluahkan perkara ini dan memahami bahawa anda tidak keseorangan menghadapi krisis ini.
#2 Berbincang bersama ketua anda
Anda juga boleh berbincang bersama ketua atau pengurus anda tentang bagaimana anda boleh memperbaiki prestasi anda terutamanya ketika krisis ini.
Ini dapat membantu anda untuk fokus kepada beberapa aspek yang perlu diberi keutamaan berbanding perkara lain.
#3 Amalkan penerimaan secara radikal
Penerimaan secara radikal memerlukan anda untuk memahami secara mendalam keadaan yang tidak dapat dikawal seperti krisis yang melanda seluruh dunia ketika ini.
Contohnya, anda tidak dapat mengawal keadaan kewangan syarikat yang terjejas teruk akibat penularan pandemik ini sehingga menyebabkan anda bimbang akan kehilangan pekerjaan.
Sebaliknya, cuba menerima kenyataan secara radikal dan ia mungkin dapat membantu anda untuk berfikiran lebih terbuka.
Anda juga dinasihatkan untuk menjadi lebih proaktif ketika ini agar anda lebih tenang menghadapi cabaran yang akan datang.
Ini bermakna anda boleh mengambil kesempatan ini untuk kemas kini resume dan profil LinkedIn, mengambil kursus secara dalam talian untuk mengembangkan kemahiran anda, mencari peluang pekerjaan lain atau berhubung dengan mentor anda.
#4 Jaga diri sendiri
Bagi anda yang cuba untuk mengekalkan jawatan anda, adalah dinasihatkan untuk tidak sesekali menghiraukan kesihatan diri anda.
Anda disarankan untuk mengambil masa dalam 15 hingga 20 minit dalam sehari untuk fokus kepada diri sendiri.
Ia bagi membolehkan anda untuk melakukan perkara yang menggembirakan anda seperti meluangkan masa mendengar Podcast, membaca, bersenam atau apa sahaja yang menenangkan anda.
Mampukah Miss JJ (lakonan Sangeeta) dan rakan-rakannya, A.M Fansuri (Taufiq Izmir Tawaff), Lola (Dee Al Hadi), Hup Hee (Tang Meng Kheng) dan Julian (Charles Robert) dan Amu Ratnam (lakonan Sukania Venugopal) mengembalikan kepercayaan Boss (Che Kem) dan mempertahankan periuk nasi mereka?
Saksikan sitkom komedi How Not To Lose Your Job yang sudah memasuki episod keempat sekarang:
Jangan lupa saksikan sitkom mencuit hati ini yang ditayangkan pada setiap Isnin, pukul 9.30 malam ini di laman web Gempak dan di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.
Rujukan artikel: Astro Awani
Must-Watch Video