BERITA
HTAR Terbakar, Tiada Kecederaan Dilaporkan
Suasana cemas tercetus di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor susulan kebakaran kecil yang melibatkan suis soket di wad Zon Merah, petang Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5.13 petang.
Menurutnya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat.
“Jentera tiba pada jam 5.14 petang dan mendapati kebakaran telah dipadamkan oleh pihak hospital sebelum ketibaan bomba,” katanya.
Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada suis soket di wad Zon Merah dan hanya menyebabkan kemusnahan kecil, iaitu kira-kira satu peratus daripada ruang terjejas, menurut kenyataan itu.
Tiada mangsa dilaporkan tercedera dalam kejadian berkenaan.
Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Yuszi Abdullah, dan kawasan terjejas telah dipastikan selamat sepenuhnya sebelum pasukan beredar dari lokasi.
Menurutnya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan beberapa pesakit sedang dipindahkan keluar dari Zon Merah, manakala kakitangan perubatan bertindak pantas memastikan keselamatan semua pihak terjamin.
Sumber AWANI