Pada yang belum tahu, Huawei telah pun melakukan persiapan dalam menghasilkan sistem operasi mereka sendiri dikenali sebagai Hong Meg atau ARK OS.

Penghasilan sistem operasi terbaru ini berikutan sekatan dagangan dilakukan oleh pihak Google yang melarang penggunaan Android OS.

Namun maklumat terbaru yang didedahkan oleh syarikat Tencent, terdapat tiga lagi syarikat telefon pintar dari China akan menyertai Hong Meng Os.

Antara yang disebut adalah Oppo, Vivo dan Xiaomi.

Difahamkan, Hong Meng berjaya menawarkan penggunaan lebih lancar dan pantas berbanding Android iaitu sebanyak 60 peratus.

Pengguna mungkin dapat melihat penggunaan Hong Meng awal tahun ini menerusi model Huawei Mate 20 dan P40.