Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

HUAWEI Mate 30 Pro Dapat Membantu Anda Mengamalkan Gaya Hidup Pintar

Kamaruddin Razal
18/11/2019 07:32 MYT
Cakap saja mengenai HUAWEI, anda mesti terfikir tentang fon yang diperbuat daripada syarikat ini. Tapi tahukah anda HUAWEI telah mencurahkan banyak modal dan sumber manusia terhadap R&D di bahagian teknologi? Dengan ciptaan Kirin 990 dan EMUI 10, ia membolehkan fon HUAWEI Mate 30 Pro mengunakan pelbagai fungsi AI.

1) AI Gesture



Dengan fungsi ini, anda boleh mengawal HUAWEI Mate 30 Pro anda tanpa menyentuh skrin. Apabila tangan anda penuh dengan peluh selepas bersenam, penuh dengan sisa makanan, ataupun penuh dengan lumpur selepas permainan bola sepak, anda masih boleh menggunakan fon anda dengan mudah.


2) AI Smart Rotate

Dengan fungsi ini, Mate 30 Pro dapat menentukan orientasi skrin yang betul dengan mengesan muka anda. Pada fon yang biasa, orientasi skrin anda ditentukan dengan posisi gyrometer di dalam fon. Tapi ia tidak berkesan jika diletakkan pada permukaan yang rata. Anda boleh menonton video di bawah ni untuk memahami dengan lebih lanjut.


3) AI Privacy View



Dengan fungsi ini, AI Mate 30 Pro akan membezakan renungan pemiliknya dan apabila orang lain menengok skrin anda, ia akan menyembunyikan kandungan notifikasi anda. Anda tidak perlu lagi takut jika ada kandungan sensitif yang tidak mahu diketahui orang lain.


4) Kolaborasi Multi-Screen



Kebanyakan orang menggunakan fon untuk hal ehwal pekerjaan sebab ia mudah digunakan dan boleh sentiasa dibawa bersama. Dengan fungsi ni, anda boleh sambungkan Mate 30 Pro dengan Matebook 13 yang dilengkapi EMUI 10 untuk meneruskan apa-apa kerja yang belum habis di fon ke komputer riba dengan mudah.


Peranti Smart Life Huawei yang mengandungi siri HUAWEI 30 dijual pada harga dari RM2,799, siri MateBook 13 dari RM3,599, siri Watch GT 2 dari RM799, HUAWEI X Gentle Monster pada harga RM1,599, FreeBuds 3 pada harga RM679, dan akhir sekali WiFi Q2 Pro pada harga RM499.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web HUAWEI atau FB HUAWEI.


HUAWEI memperkenalkan pelan ansuran Together 2020 dengan pelbagai pakej menarik bermula dari RM8.97 sehari! Kunjungi store HUAWEI terdekat atau layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my/ untuk lebih info!

#Huawei #HUAWEI Mate 30 Pro
;