Ramai peminat HUAWEI teruja sejak siri P40 dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Kenapa? Kerana ia dilengkapi dengan sistem Ultra Vision Penta Camera yang menghasilkan fotografi terbaik!

Selain itu ia juga mempunyai kesambungan terbaik dengan seperti pemproses Kirin 990 5G terbaru HUAWEI dan juga perisian HUAWEI luar biasa.

HUAWEI P40 juga dilengkapi dengan 5G bagi mereka yang ingin menikmati kelajuan internet paling tinggi.

Ada tiga lagi sebab kenapa HUAWEI P40 PRO+ lebih baik daripada telefon bimbit lain dan mesti dimiliki!

#1 Sistem Ultra Vision Leica Penta Camera
Kaki fotografi, jangan lepaskan kehebatan kamera yang terdapat pada fon ni, yang dilengkapi dengan fungsi Ultra Wide Cine 40MP (18mm), Ultra Vision Wide 50MP, 10x Telefoto Optikal 8MP Periscope, 3x Telefoto Optikal 8MP, 100X Kamera Telefoto Optikal menerusi lensa periscope dan ToF membuatkan kualiti gambar sama ada autofokus, potret mahupun video yang diambil menyerlah hebat.
Dengan teknologi AI yang ada pada fon ni, korang tak perlu lagi geram dengan gangguan yang ada dalam imej korang, seperti orang-orang yang lalu-lalang di depan masa tengah bergambar.

Tekan je butang shutter, dan P40 Pro+ ni akan menangkap segala informasi latar sebelum dan selepas shutter ditutup.

Algoritma AInya akan membuat perbandingan dan penyelarasan bingkai yang diambil sebelum dan selepas bagi memudahkan korang crop mereka yang tak diingini di dalam gambar.


#2 Sentuhan Merentasi Peranti Dengan One-Tap-Share
Menyediakan kemudahan AI yang lancar kepada pengguna dengan menyambungkan peranti anda hanya dengan satu ketukan.

Dengan ketukan sederhana, HUAWEI P40 Pro + dan HUAWEI MateBook anda akan berubah menjadi 'SATU' peranti hebat dan boleh berfungsi dengan lancar pada satu skrin. Wow!

Contohnya kalau korang tengah dengar muzik di HUAWEI Music dengan HUAWEI Sound X yang berdekatan, Panel Kawalan Berbilang Peranti akan menyarankan untuk menukar output audio ke pembesar suara pintar untuk mendapatkan kualiti suara yang lebih baik.

Yang lagi best ada HUAWEI MeeTime, aplikasi panggilan video semua senario pertama di dunia, ia menyokong panggilan video HD penuh 1080p antara semua pengguna peranti HUAWEI dan memberikan pengalaman panggilan video dengan kualiti tinggi.



#3. Petal Search Widget Untuk Akses Ke Jutaan Apps
HUAWEI P40 PRO + dilengkapi dengan Petal Search Widget- Find Apps carian baru yang membantu pengguna mencari aplikasi, kandungan dan berita yang mereka mahukan dengan lancar.


Bagaimanakah ia berfungsi?

Langkah 1
Untuk menyokong anda dalam mendapatkan semua aplikasi yang anda perlukan pada peranti Siri P40 anda, Petal Search Widget- Find Apps membantu anda melakukannya.

Setelah siap, klik pada bar 'Cari Aplikasi' di skrin utama anda untuk memulakan

Langkah 2
Aplikasi Petal Search Widget akan menunjukkan kepada anda aplikasi teratas yang mungkin ingin anda muat turun. Ketik nama aplikasi yang anda cari di bar carian.

Langkah 3
Petal Search Widget Find Apps akan memaparkan hasil yang paling relevan mengikut carian anda. Ini menyoroti apa yang anda boleh muat turun dari Huawei AppGallery, pasang melalui pautan rasmi, gunakan versi web, atau pasang dari kedai pihak ketiga yang lain.

Jom dapatkan HUAWEI P40 Pro+ sekarang juga!

Ini adalah 3 sebab utama mengapa HUAWEI P40 PRO+ adalah peranti pintar yang terunggul. Dengan adanya One Tap Connectivity dengan HUAWEI Share, semuanya disambung mudah.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI TOGETHER 2020 Campaign, sila layari https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/