Advertorial
HUAWEI SHARE: Satu Sentuhan, Semuanya Tiada Batasan
Anda seorang yang memiliki telefon pintar HUAWEI Siri P40? Ini bermakna anda seorang yang sangat beruntung dan di antara mereka yang mempunyai kelebihan tanpa batasan / pelbagai pilihan / di luar jangkauan. Dengan HUAWEI Siri P40, anda dapat menikmati HUAWEI SHARE 1+8+N hanya dengan satu sentuhan sahaja.
Mesti anda ingin tahu apakah HUAWEI SHARE 1+8+N yang sungguh istimewa ini. 1+8+N bermaksud:
1- Telefon pintar
8- Komputer riba, tablet, TV Pintar, kaca mata, jam tangan, kereta, earphone (Freebuds) dan speaker
N- Memudahkan Perjalanan, pejabat bergerak, rumah pintar, kecergasan dan kesihatan, hiburan
Ini kehebatan yang boleh dilakukan oleh HUAWEI P40 Pro+ dengan hanya satu sentuhan:
1. *Komputer Riba HUAWEI
Satu Sentuhan Perkongsian antara komputer riba dan telefon pintar anda boleh dilakukan dengan hanya menyentuh telefon pintar pada label HUAWEI Share pada komputer riba. Telefon pintar HUAWEI boleh disambungkan kepada komputer riba HUAWEI dan bukan hanya data yang boleh dikongsi tetapi juga apa yang dipaparkan pada skrin telefon pintar juga boleh dipaparkan pada skrin komputer riba. Anda boleh berkongsi fail antara telefon pintar dan komputer riba menggunakan tetikus atau papan kekunci.
Jika anda menggunakan HUAWEI Matebook X Pro, anda hanya perlu menggunakan jari anda pada skrin sentuh. Sekarang anda tak perlu lagi menggunakan wayar transmisi untuk menyambungkan telefon pintar HUAWEI dengan komputer riba HUAWEI anda!
2. **TV Pintar HUAWEI
Bila anda ingin menyambungkan telefon pintar anda dengan TV pintar, hidupkan NFC pada telefon pintar anda dan sentuh telefon anda pada label HUAWEI Share pada alat kawalan jauh TV pintar anda dan paparan skrin telefon pintar akan ditayangkan pada TV pintar. Jika dibandingkan dengan cara lama, cara ini sangat mudah dan pantas.
**tidak terdapat di Malaysia
3. HUAWEI MatePad Pro
Seperti juga dengan komputer riba HUAWEI, HUAWEI MatePad Pro mempunyai fungsi kolaborasi pelbagai skrin. Telefon pintar boleh digunakan pada MatePad Pro yang membolehkan peralihan gambar-gambar, video-video dan juga fail-fail antara keduanya, menjadikannya sangat mudah dan cekap. Untuk melakukan kolaborasi pelbagai skrin, hidupkan fungsi NFC pada telefon pintar HUAWEI dan sentuh telefon pada kekunci ‘Shift’ pada papan kekunci untuk menayangkan skrin telefon pintar pada MatePad Pro.
4. HUAWEI Sound X
HUAWEI Sound X adalah speaker pintar pertama yang menyokong Hi-Res dihasilkan oleh HUAWEI dan Devialet. Selain daripada fungsi sedia ada speaker AI HUAWEI, ia juga mempunyai teknologi Satu Sentuhan Share yang membolehkan anda memainkan muzik daripada telefon pintar anda melalui HUAWEI Sound X hanya dengan menyentuh tempat deria NFC pada speaker tersebut.
Sound X juga senang dikawal. Anda tidak perlu menggunakan telefon pintar anda untuk menghentikan sementara muzik yang sedang dimainkan. Anda Cuma perlu menutup bahagian atas speaker dengan tapak tangan anda seketika.
5. HUAWEI AX3 Router
Terlupa dengan kata laluan Wi-Fi anda? Dengan router HUAWEI AX3, anda boleh menyentuh terus telefon pintar anda pada tempat deria NFC pada router dan anda akan mendapat akses segera ke rangkaian Wi-Fi.
6. *Kereta
Tidak perlu membawa kunci kereta lagi! Dengan telefon pintar HUAWEI, anda hanya perlu tekan pada deria NFC di telefon anda berdekatan dengan pemegang pintu kereta untuk membuka kereta anda. Untuk mengunci kereta anda, tutup pintu selepas anda keluar dan tekan pada deria NFC telefon anda pada pemegang pintu kereta anda.
*hanya terdapat pada model tertentu sahaja
Selain daripada satu sentuhan gabungan antara “1” dan “8”, HUAWEI akan terus menghasilkan gabungan antara “8”, contohnya Satu Sentuhan Share antara Freebuds dan Sound X, Freebuds dan komputer riba, Freebuds dan jam tangan GT2 dan banyak lagi.
Pintar Dan Hebat Melalui Kesinambungan hubungan Dengan HUAWEI Share!
Untuk maklumat lanjut tentang 1+8+N, anda boleh klik di sini
Must-Watch Video