Hubungan Adik Beradik Berantakan, Britney Spears Sindir Adik Di Instagram
Izwan Isa
15/10/2021 14:55 MYT
15/10/2021 14:55 MYT
Nampaknya, hubungan penyanyi Britney Spears dan adiknya, Jamie Lynn Spears kini berada dalam keadaan yang berantakan.
Menurut laporan yang diterbitkan oleh E! News, sumber memberitahu agensi berita tersebut bahawa Britney berasa sangat ‘diabaikan’ oleh adik bongsunya sepanjang dia berjuang untuk meloloskan diri daripada terus berada dibawah pengawasan individu lain selama 13 tahun.
Hal ini tercetus selepas Jamie Lynn membuat pengumuman bakal memasarkan memoir perdananya tidak lama lagi. Memoir tersebut bakal memuatkan cerita tentang pelbagai aspek dalam hidupnya.
“Britney sangat, sangat marah dan terluka. Dia menganggap Jamie Lynn telah mengabaikannya dan membiarkan dia berjuang seorang diri.
“Dahulu, mereka sangat akrab. Namun, apabila Britney meminta sokongan daripada Jamie Lynn, dia merasakan adiknya itu tidak menghiraukan permintaannya,” ujar sumber berkenaan.
BACA: Britney Spears Tulis Buku Mengenai Hantu
Pada Isnin lalu, Jamie berkongsi di Instagram mengenai memoir yang berjudul Things I Should Have Said. Memoir tersebut dijadualkan menemui pembaca pada Januari 2022.
Menerusi ruangan kapsyen, Jamie Lynn menulis: “Saya berasa yakin untuk berkongsi kisah saya, tetapi ada banyak usaha dan penyembuhan yang perlu berlaku sebelum saya dapat menyampaikan kebenaran saya dengan cara yang betul,’ tulisnya.
Tidak berapa lama kemudian, Britney membalas tulisan Jamie Lynn itu dengan satu hantaran di Instagram. Menerusi ruangan kapsyen, Britney secara menyindir memberitahu yang dia ingin menerbitkan sebuah buku.
“Berita baik… Saya rasa saya mahu terbitkan sebuah buku tahun depan, tetapi saya ada masalah untuk memikirkan judulnya. Jadi mungkin peminat boleh membantu! Pilihan #1 ‘S**t, I Really Don’t Know. Pilihan #2 ‘I Really Care What People Think.’” kongsi Britney.
Terdahulu, bapa Britney Jamie Spears telah dilucutkan hak sebagai penjaga tunggal Britney. Sementara itu, hak penjagaan jatuh dibawah pengawasan profesional Jodi Montgomery.
BACA: Bebas Daripada Pengawasan Bapa, Britney Spears Boleh Jaga Harta RM250 Juta Sendiri
Sebelum ini masalah kesihatan mental penyanyi itu tidak pernah didedahkan secara terbuka. Namun, kempen yang dijalankan oleh peminatnya menerusi #FreeBritney menuntut hak kebebasannya dari segi undang-undang telah membebaskan beliau daripada hak penjagan bapanya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!