Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hubungan Adik-Beradik Dikatakan Tak Baik, Uciluna Jawab Dakwaan Siti Jamumall - “Tak Semua Benda Kena Kongsi Di Media Sosial”

Mya Amri
07/08/2024 00:56 MYT
Usahawan dan pempengaruh, Khairul Shukri atau dikenali sebagai Uciluna tampil memberikan komen berhubung dakwaan kakaknya, Siti Jamumall yang mengatakan mereka tidak mempunyai hubungan baik sebagai adik-beradik.


Tak semua benda kena cerita di media sosial


Menerusi ruangan komen di TiKTok, Uci berkata tidak semua perkara perlu diceritakan kepada umum kerana dikhuatiri isu tersebut menjadi lebih besar.

“Tak semua benda Uci kena kongsi dekat media sosial. Kalau nak jelaskan buat video akan jadi panjang dan akan jadi besar. Apa yang berlaku biarlah Uci simpan sendiri,” tulisnya menjawab persoalan netizen.


ARTIKEL BERKAITAN:Siti Jamumall Tak Anggap Diri Influencer - “Nampak Muka Aku Je Kata Konten, Cakaplah Apa Pun…”

ARTIKEL BERKAITAN:Aiman Tak Kisah Dilabel Perosak Perkahwinan, Anggap Best Man Win - “Masih Ada Peluang Selagi Cincin Belum Dijari”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Puji Siti Jamumall Jaga Abang OKU - "Lagi Baik Daripada Terseksa Dengan ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Terima Nafkah RM50 Setahun, Siti Jamumall Nekad Bercerai! - "Tak Nak Terseksa Tanggung Biawak Hidup"

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Jamumall Beli Kondo Mewah RM1 Juta, Berbaloi Korban Demi Abang OKU - "Saya Tak Ambil SPM, Tapi Sambung Belajar Bisnes"



Terdahulu, Siti Jamumall mendedahkan tidak mempunyai hubungan baik dengan adiknya menerusi sesi live TikTok.

Pendedahan itu dilakukan ketika Siti menjawab persoalan netizen yang bertanya mengapa dia tidak hadir ke majlis cukur jambul anak Uciluna.

Siti mendedahkan hubungannya dengan Uciluna mula renggang sejak adiknya itu berusia 18 tahun.

#Adik Beradik #TikTok #Siti Jamumall #Pempengaruh #Hubungan Tak Baik #Uciluna
;