VIRAL
Hubungan Cik Epal Dengan Dewi Takkan Macam Abby Abadi & Memey Suhaiza - “Dengan Bapa Budak-Budak Ini Pun Aku Dah Menyampah”
Kemelut antara pempengaruh Cik Epal dengan bekas suaminya yang juga usahawan pizza iaitu Jofliam masih menjadi perbualan di laman sosial.
Takkan berbaik
Terbaharu menerusi perkongsian di Instagram, Cik Epal menegaskan dia tidak akan berbaik dengan isteri baharu Jofliam iaitu Dewi seperti mana hubungan pelakon Abby Abadi dengan Memey Suhaiza.
ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal Beri Nasihat Pada Founder Wanita - “Kalau Ada Business Suami Isteri, Jaga-Jaga Sikit Pergaulan Suami Dengan Staff Perempuan”
ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal Nafi Jadi Punca Pergaduhan, Bidas Dakwaan Dewi - “Oi Bibik Tak Payah Memekak, Kau Tu Dah Lah Fitnah Aku, Jumpa Dekat Mahkamah”
ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Sahkan Bekas Suami Langgar Taklik Kerana Cik Epal - “Saya Tidak Pernah Bercakap Sebelum Ini Kerana Mahu…”
“Ada yang cakap. ‘Elehh hujung-hujung nanti baik macam Abby dengan Memey’. Eh minta maaf cakap. Memang aku tak kan baik dah dengan penyondol rumah tangga aku dan orang yang hancurkan Han & Yuki.
“Lagipun kes aku tak sama dengan mereka. Dengan bapak budak-budak ni pun aku dah menyampah (kalau boleh, aku tak nak dah berurusan dengan dia lansung).
“Ini nak baik dengan penyondol? Memang kirim salam saja la ek,” katanya.
Tentukan kehidupan
Pada perkongsian yang sama, Cik Epal yang juga seorang usahawan berkata dia berhak untuk menentukan siapa yang layak untuk berada dalam kehidupannya.
“Siapa yang aku nak benarkan ada dalam hidup aku atau siapa yang aku nak hapuskan dari hidup aku, itu keputusan aku. My life my rules konsepnya,” ujarnya.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki.
Rumah tangga mereka bagaimanapun bergolak selepas Jofliam didakwa curang dengan pembantu peribadi, Dewi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam.
Pasangan itu bagaimanapun bercerai tahun lalu selepas 10 tahun bersama.