Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hubungan Cinta Makin Intim, Tapi Paling Tak Sangka Ada Yang Berlaku Curang? Makin Panas Gossip Girl Indonesia Malam Ini!

Hanafis Haris
21/03/2022 11:26 MYT
Makin panas dan makin romantik! Mungkin itu yang berlaku pada episod tujuh Gossip Girl malam ini.
Menerusi ‘teaser’ ditayangkan di platform Instagram Astro Shaw, dapat dilihat beberapa babak cinta dan romantis telah berlaku.
Seperti biasa, semua sudah tahu tentang hubungan cinta Danny dan Serena yang mula berputik.
Namun, ia kini dilihat semakin serius apabila Serena sendiri mengakui sukar untuk menerima cinta seorang lelaki dalam dirinya.
Malah, keintiman mereka itu semakin jelas apabila sering ‘kantoi’ biarpun di kawasan sekolah.
Pun begitu, rupanya ada yang lebih mengejutkan daripada kisah cinta Danny dan Serena.
Menerusi video sedutan episod tujuh, Blair dilihat mula menjalinkan hubungan baru bersama seorang lagi watak yang tidak disangka-sangka.
Jadi apa nasib Nate? Adakah betul Blair curang?
Jangan ketinggalan menonton episod tujuh yang ditayangkan di On Demand serta Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Untuk makluman, Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.


#Serena #Gossip Girl Indonesia #Blair #Danny #Chicho