Skip to main content

Hollywood

Hubungan Cinta Rihanna Dengan Jutawan Arab Tak Direstui Bapa Kerana Kulit Tak Cukup Gelap

rihannaboyfriendarabguy1_1.png
Bapa kepada penyanyi Rihanna tidak merestui hubungannya dengan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel.

Bapanya, Ronald Fenty dikhabarkan tidak menyukai lelaki itu hanya kerana kulitnya tidak cukup gelap.

Menurut laporan Aceshowbiz , Rihanna bagaimanapun tidak mempedulikan perkara tersebut kerana berasakan seorang bapa tidak patut mencampuri urusan peribadi anaknya.

"Rihanna marah pada bapanya kerana mencampuri urusannya dan meminta bapanya supaya tidak berkata apa-apa.

"Malah hubungan Rihanna dan bapanya tidak baik," kata seorang sumber.

Hassan merupakan naib presiden kepada sebuah syarikat terbesar dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel.

Syarikat itu merupakan pengedar tunggal jenama kereta Toyota di negara Timur Tengah.

Sumber: Aceshowbiz

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement