“Hubungan Mula Lepas Mereka Bercerai” - Mira Mohon Maaf Pada Ah Moi, Perjelas Hubungan Dengan View Chin
Mya Amri
24/04/2023 00:50 MYT
24/04/2023 00:50 MYT
Wanita yang tular kerana didakwa sebagai penyondol rumah tangga pempengaruh media sosial TikTok, View Chin iaitu Mira akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Permohonan maaf itu dibuat menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Tidak hanya memohon maaf kepada bekas isteri View Chin iaitu Shermine Hau Ah Moi, Mira juga turut menjelaskan mengenai detik hubungannya dengan pempengaruh itu.
Menurut Mira, hubungan mereka terjalin selepas lelaki itu sah bercerai dengan Sharmine.
“Saya Amirah Aqilah Firdaus ingin memohon maaf kepada Miss Shermine, Sylvia, Scarlett and Shyane setelah apa yang berlaku.
“Saya rasa menyesal dan mengakui segala kesilapan saya. Tapi hubungan saya dan View Chin bermula setelah mereka telah sah bercerai,” jelasnya.
Tambah Mira lagi, dia juga tidak tidak terlibat dengan masalah rumah tangga pasangan tersebut sebagaimana yang didakwa netizen sebelum ini.
“Bukan semasa mereka mash bersama seperti yang telah viral sekarang. Saya tiada kena mengena dengan hubungan penceraian mereka.
“Saya menerima segala kecaman dengan hati yang terbuka. Sekali lagi, saya mohon maaf,” tulisnya.
Terdahulu, nama View Chin hangat diperkatakan netizen selepas isterinya, Shermine Ah Moi mendakwa bahawa dia berlaku curang dengan pekerjanya sendiri iaitu wanita bernama Mira.
Tidak cukup dengan itu, Ah Moi juga turut mendedahkan beberapa bukti di media sosial miliknya