Pelakon Wan Sharmila menjelaskan hadiah sebentuk cincin yang diterima dari aktor Syazwan Zulkifly, 33, bukan bermaksud mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Menurut Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala, 39, itu hanya untuk mempromosi produk dan dia mengakui lebih selesa untuk berkawan sahaja dengan Syazwan.

BACA: Peminat Suruh Kahwin Dengan Syazwan Zulkifli, Ini Jawapan Wan Sharmila

"Itu sekadar review produk sahaja dan tiada apa yang istimewa pun. Hubungan saya dengan Syazwan tidak lebih sebagai kawan saja dan selesa macam ni.

"Memang tidak menyimpan perasaan istimewa pun," katanya kepada Gempak.

Lala ditemui ketika majlis 'Party 7 Hari Mencintaiku 2' yang diadakan di De. Wan 1958 by Chef Wan, The Linc, Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, pemilik nama Wan Sharmila Wan Muhamed menyatakan tindakannya menjelaskan perkara sebenar bukan disebabkan untuk menjaga hati pihak ketiga.

"Saya jelaskan mengenai hubungan dengan Syazwan hanya kawan bukan sebab saya nak jaga hati mana-mana pihak. Saya memang tak ada kekasih pun lagi.

"Sebenarnya saya bersedia saja nak bercinta tapi masih tak jumpa 'the right one'.

"Lagipun, saya dengan Syazwan memang selesa berkawan sahaja dan sudah anggap seperti keluarga yang boleh bergurau," katanya lagi.

Sebelum ini, sebuah video pendek yang merakamkan momen manis antara Lala dan Syazwan mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsi Syazwan di akaun Instagramnya menjelaskan hadiah tersebut merupakan inisiatif dirinya untuk memujuk Lala yang sedang merajuk.

BACA: Wan Sharmila Merajuk, Syazwan Zulkifly Pujuk Beri Cincin, Peminat Komen “Cepatlah Kahwin! Bersemut Sangat Ni!”