Pelakon Keith Foo mengakui tidak mahu mengambil serius dakwaan orang ramai yang mengatakan rumah tangganya sekarang ini sedang mempunyai masalah.

Menurut Keith, dia dan isterinya Kim Raymond tidak mempunyai masalah rumah tangga.

"Apa yang saya lalui sekarang adalah saat terbaik dalam hidup saya dan isteri.

"Bila isu ini timbul saya dan isteri tak kisah pun kerana apa yang dikatakan oleh orang ramai adalah tidak benar.

"Hubungan saya dan isteri sangat baik dan tiada gaduh-gaduh seperti yang dikatakan oleh orang ramai.

"Bagi saya sesebuah rumah tangga akan ada cabaran serta sedikit perselisihan faham kadang-kadang," katanya kepada Gempak.

Keith berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) yamgberlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

Sebelum ini, Keith dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung dengan isterinya selepas mempunyai masalah dalam rumah tangga.

Terdahulu, Keith dan Kim Raymond berkahwin pada 30 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Skylar Raymond Foo pada 30 Mei 2017.