Penyanyi rap, Caprice membidas tindakan penceramah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang mempersoalkan status pendapatan yang dijana oleh golongan Youtuber sebagai haram.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, berkata, sebagai pendakwah dia sepatutnye menyentuh banyak lagi isu lain yang jelas bertentangan dengan agama yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

"Saya tak faham kenapa Ustaz Abu Syafiq tiba-tiba nak tegur Youtuber di Malaysia.

"Dengan hang punya level, lebih baik kita lawan judi, rasuah atau arak ke yang memang haram," katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram.

Bahkan, Caprice turut mencadangkan agar Ustaz Abu Syafiq menyentuh isu dan permasalahan yang lebih membimbangkan terutamanya dalam kalangan anak muda.

"Hubungan yang tak halal pasti lebih banyak daripada Youtuber di Malaysia.

"Lebih baik hang buat kempen kahwin cepat. Pasti orang macam saya terasa, tapi hang nak tegur Youtuber pula," sindirnya.

Kacang is back sape nak ?

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on


Jelas Caprice lagi, dia mengakui soal status halal atau haram itu merupakan sesuatu yang penting untuk diperkatakan, namun bukan tugas manusia untuk sewenang-wenangnya menghukum.

Terdahulu, Ustaz Abu Syafiq mendakwa sumber pendapatan daripada Youtube kebanyakkannya haram.

BACA: "Pendapatan Dari Youtuber Banyak Yang Haram" - Ustaz Abu Syafiq

Tindakannya itu kemudian menerima pelbagai reaksi dalam kalangan penggiat seni termasuklah mereka yang selama ini menjadikan Youtube sebagai salah satu punca pendapatan.