,
Terkini

Hujan Berterusan Diramal Landa Pantai Timur & Johor Hingga Isnin Depan

Gempak
27/01/2023
09:00 MYT

Hujan berterusan dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula hari 27 Januari sehingga Isnin depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 9 pagi ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang; Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Berikutan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Peringkat (JPB) Negeri/Daerah diaktifkan serta tahap kesiapsiagaan ditingkatkan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.

JPB Peringkat Negeri/Daerah juga diminta memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai aset pengoperasian mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.

NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal selain boleh dihubungi melalui nombor telefon 03-80642400, faksimili 03-80642429 atau e-mel [email protected].

Sumber - Bernama

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Mural Gergasi Keluang Man, Nas Anggap Satu Penghormatan - “Paling Besar, Tiga Tingkat Memang Hebat”

gempak
11/09/2024
12:25 MYT
Nas Muammar Zar menyatakan rasa berbesar hati melihat mural gergasi setinggi tiga tingkat superhero ikonik Malaysia, Keluang Man diabadikan di Kluang, Johor.
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Viral

'Adik Dengar Kakak Cakap "Tak Nak" Dalam Bilik Air'

gempak
01/09/2024
06:31 MYT
Guru mengaji dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar, pada Ahad, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya dalam bilik air di sebuah pusat mengaji di Batu Pahat, bulan lalu.
Berita

Satu Lagi Kejadian Tanah Mendap Kira-Kira 50 Meter Dari Lokasi Insiden Wanita Terjatuh Di Masjid India

gempak
28/08/2024
01:18 MYT
Satu lagi kejadian tanah mendap dilihat berlaku kira-kira 50 meter daripada lokasi tanah jerlus di Jlan Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.
Viral

"Hidup Daif, Mak Saya Sanggup Makan Kerak Nasi, Sedap Katanya" - Hana Shahadan Imbas Memori Arwah Ibu, Susah Payah Sebelum Berjaya!

gempak
12/08/2024
21:51 MYT
Sebelum bergelar pengasas dan pengarah kepada jenama produk kanak-kanak popular, banyak liku kehidupan sudah dilalui Hana Shahadan sejak masih kecil yang membentuknya menjadi insan lebih kuat pada masa kini.