Hujan Mencurah-Curah! Peminat Risau Cuaca Hari Konsert Blackpink Esok - "Rain-Rain Go Away..."
Asyikin Mayudin
03/03/2023 08:25 MYT
03/03/2023 08:25 MYT
Hanya tinggal satu hari sahaja, sudah pasti peminat tidak sabar lagi nak menonton konsert Blackpink secara langsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Namun apa yang membimbangkan peminat apabila keadaan cuaca pada hari konsert kerana seperti sedia maklum hujan lebat melanda beberapa negeri sejak beberapa hari lalu.
Ini kerana kawasan stadium itu terbuka dan membuatkan peminat berasa bimbang tidak dapat menikmati konsert kumpulan K-Pop terkenal itu jika dalam keadaan hujat lebat.
Malah rata-rata peminat Blackpink atau lebih dikenali sebagai ‘blinks’ meluahkan kerisauan mereka di laman sosial mengenai keadaan cuaca pada esok hari.
“Rain rain go away come again another week. Ini keadaan di Stadium Bukit Jalil di mana Blackpink akan membuat persembahan. Tolong jangan hujan, mari kita berdoa,” kata peminat.
Hasil tinjauan di laman carian, kemungkinan besar hujan akan berlarutan seharian di sekitar Bukit Jalil pada Sabtu dan harap semua peminat siap sedia dengan baju hujan.
Untuk info, Ia juga merupakan kali kedua kumpulan terhangat k-pop bertandang ke Malaysia, sebelum ini mereka pernah membuat persembahan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2019.
#Blackpink
#Blackpink Malaysia
#Bukit Jalik Blackpink
#Hujan Malaysia
#Konsert Blackpink
#Peminat Blackpink