,
Berita

Hujan Sejak Pagi, Empat Kawasan Di Masjid Tanah Dilanda Banjir Kilat

Awani
11/08/2024
11:25 MYT
Empat kawasan di Masjid Tanah, Alor Gajah iaitu Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar, Taman Masjid Tanah Ria dan Durian Daun dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka memaklumkan pihaknya kini dalam proses memindahkan mangsa ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di PPS Balai Raya Paya Lebar dan PPS Balai Raya Seri Tanjung.

Banjir kilat

Sidang Kampung Ramuan China Besar Khairul Anwar Mansol berkata hujan lebat berterusan sejak 5 pagi menyebabkan rumahnya di Taman Bandar Baharu, Masjid Tanah dinaiki air pada paras pinggang.
"Air mula naik di taman perumahan ini kira-kira pukul 10 pagi tadi dan saya tidak dapat menyelamatkan barang-barang di dalam rumah...hanya sempat selamatkan dokumen penting sahaja.
"Sekarang ini saya bersama isteri dan tiga anak berusia antara 8 hingga 14 tahun berlindung di sebuah kedai berdekatan rumah kerana kawasan ini sedikit tinggi dan tidak dinaiki air," katanya ketika dihubungi Bernama.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Di Rumah Penampang Sudah Surut, Stacy Syukur Keluarga Selamat - "Ini Paling Teruk Sebab..."

ARTIKEL BERKAITAN: Monica Ting Siew Kwong Sempat Hantar Makanan Bantu Mangsa Banjir Penampang

ARTIKEL BERKAITAN: Hujan Lebat Berterusan, Banjir Kini Landa Kota Kinabalu

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Pakai Kemeja Dan Seluar Dalam, Pelancong Wanita Ini Terpaksa Bertahan Atas Pokok 12 Jam

Beliau berkata ini kali pertama taman perumahan itu yang dihuni lebih 300 keluarga dilanda banjir kilat.
Katanya selain Taman Bandar Baharu Masjid Tanah, beberapa kawasan berdekatan seperti Lubok China, Paya Lebar dan Sungai Siput turut dinaiki air.
"Saya tengok keadaan air mulai surut walaupun hujan renyai-renyai masih berlaku ketika ini dan berharap agar dapat pulang ke rumah secepat mungkin untuk membersihkan kediaman," katanya.
Sementara itu, penternak lembu, Muhammad Nabil Irfan Ibrahim, 22, berkata beliau bersyukur dapat melepaskan kira-kira 20 ekor lembu yang dipeliharanya di sebuah kandang di Kampung Ramuan China Besar.
Beliau berkata air mula naik di kandang lembunya kira-kira pukul 12 tengah hari tadi selepas hujan lebat bermula 7 pagi.

"Saya terpaksa meredah air paras dada bagi melepaskan lembu yang diternak dan bersyukur tiada ternakan yang mati.

"Ini merupakan kali ketiga air naik di kawasan saya ternak lembu ini, bagaimanapun air mulai surut petang ini," katanya.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Noraniza Idris Menangis Di Pentas Konsert Qalam

gempak
29/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi legenda yang terkenal dengan julukan Ratu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif, Noraniza Idris atau lebih popular dengan sapaan Kak Ani gagal menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika pertengahan konsert Qalam Noraniza Idris di Panggung Bangsawan, Melaka pada Sabtu.
Hiburan

Pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story) Di Melaka & Johor Mungkin Terpaksa Digugurkan

gempak
28/09/2024
14:58 MYT
Pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story) (DATUS) oleh Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) yang dijadualkan berlangsung di Johor dan Melaka mungkin terpaksa digugurkan susulan kurang penajaan dari segi kewangan.
Viral

GISB: Buku Al-Arqam, Jadual Zikir Aurad Muhammadiyah Cuba Ditanam & Dibakar, Dirampas

gempak
22/09/2024
02:55 MYT
Sebanyak 285 barangan berkaitan ajaran Al-Arqam, gerakan yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994, ditemukan dalam serbuan ke atas 19 premis berkenaan GISB Holdings Sdn Bhd (GSBH) di sekitar Melaka
Unitar