Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Hujung Tahun Usahakan Cara Lain Pula" - Teringin Timang Anak, Marsha Akui Cuba Pelbagai Rawatan

Amri Hassan
02/04/2019 08:13 MYT
Pelakon dan penyanyi Marsha Milan mengakui pernah menjalani rawatan untuk mendapatkan zuriat.

Biarpun usahanya tidak membuahkan hasil, kata Marsha dia sentiasa optimis dan berfikiran positif untuk mencuba rawatan lain pula.

"Memang teringin nak ada anak, umur pun sudah berapa...

"Saya dan suami sentiasa tak putus doa agar Allah kurniakan kami zuriat. Mungkin adalah sebabnya belum ada rezeki lagi sampai sekarang.

"Saya ada mendapatkan rawatan sama ada berurut dan bertemu doktor untuk mendapatkan nasihat tetapi tidak menjadi .

"Insya-Allah hujung tahun nanti kita cuba lagi," katanya.

Marsha telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mohamed Saiful Nizam pada 2016 selepas berkenalan sejak 2013.

Dalam perkembangan lain, Marsha muncul menerusi single terbaharu berjudul Bimbang ciptaan Amylea Azizan dan lirik oleh Farouk Roman.

Lagu Bimbang akan dimuatkan dalam drama bersiri popular Nur 2 yang akan memulakan tayangan pada malam ini.
#Penyanyi #Anak #Marsha Milan Londoh #Penyanyi
;