Demi persahabatan, pelakon Afifah Nasir sanggup berulang-alik dari set penggambarannya untuk menghadiri majlis pertunangan aktor, Hafreez Adam dan Zara Zya.

Afifah berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Menurut Afifah yang juga merupakan adik kepada aktres Anzalna Nasir, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan sahabat baiknya itu.

“Congratulations beautiful lovebirds @hafreezadam @zarazya. Kepada sahabat baik saya @hafreezadam, apabila saya katakan saya sanggup melakukan apa sahaja demi kamu, saya memang benar-benar maksudkannya.

“Berlari dari set penggambaran semata-mata untuk ke majlis pertunangan dan kembali semula ke set adalah satu perkara besar yang saya lakukan demi kamu.

“Jadi harap kamu hargainya. Hahahah. Hulu Langat ke Kuang bukan satu perjalanan yang boleh dibuat main ya, jadi sekali lagi tolong hargai saya,” tulisnya.

Congratulations beautiful lovebirds @hafreezadam @zarazya ❤️ To my best friend @hafreezadam , when I say I would do anything for you, I mean it. Running from set to your engagement and back to set is a lot for me so please appreciate it. Hahahah. hulu langat to kuang is a no joke okay so again, please appreciate me ?

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93) on


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, Hafreez juga membalas kapsyen Afifah dengan mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya.

“Terima kasih kerana hadir ke majlis kami di Hulu Langat dan membuatkan saya menghantar awak kembali ke lokasi penggambaran.

“Tidak dilupakan juga, terima kasih @arizlufias kerana mengambil awak di Hulu Langat dari Damansara dan membawa awak ke majlis saya di Kuang dan kembali menghantar awak ke set.

“Tetapi, hey bagaimanapun saya sangat menghargai awak kerana berada bersama kami. Terima kasih Fif,” tulisnya.



Terdahulu, Zara Zya dan Hafreez telah melangsungkan pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 12 Oktober lalu.