Hunny Madu Sudah 7 Hari Bersalin, Namakan Baby Girl Mia Celine - "Saya Sedang Belajar Semula Untuk Menjadi Ibu ..."

Amri Hassan
Januari 31, 2022 02:55 MYT

Penyanyi, pengacara dan penyampai radio Hunny Madu mengumumkan sudah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 22 Januari lalu.

BACA: Diam-Diam Rupanya Hunny Madu Hamil 5 Bulan - "Bulan Kedua Adalah Tempoh Paling Panjang Dalam Hidup Saya"
Kongsi Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 37, sepanjang tempoh itu dia sedang berusaha untuk menyesuaikan diri apabila kembali bergelar ibu dengan anak kecil.
"Sudah tujuh hari saya tak berkongsi sebarang perkembangan dan sepanjang tempoh itulah saya sedang cuba menyesuaikan diri dengan kehadiran anggota baharu dalam rumah kami.
"Saya sedang belajar semula segalanya dan mengambil tahu tentang banyak perkara termasuk perasaan dia (bayi) dan keperluannya.
"Macam manalah saya boleh lupa untuk menjadi seorang ibu kepada anak kecil ini? Rasa-rasanya ada informasi yang tercicir apabila kita tidak mempraktikkannya," kongsi Hunny di Instagram.
Tambah Hunny, dia kini baru mempunyai sedikit ruang waktu untuk kembali ke media sosial selepas menjalani rawatan berurut dua hari lalu.
"Hari ini barulah boleh kembali segar selepas dua malam alami pembengkakan, akhirnya tukang urut datang untuk meredakan masalah saya.
"Mia Celine kini sudah berusia tujuh hari dan setiap kali saya memandangnya, setiap kali itulah saya jatuh cinta," ujarnya.
Hunny turut berkongsi sepotong video sepanjang proses bersalin yang turut ditemani suaminya, Fedrighi Francesco di wad bersalin.
Untuk rekod, Hunny dan Fedrighi telah berkahwin pada 2 Mei 2020.
BACA: Foto Bercumbu Dikecam, Hunny Madu Dedah Sudah Menikah Dengan Kekasih
Hunny sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Khairul Azhar Abdul Wahid pada 2010 dikurniakan dua cahaya mata, Eva Media, 10, dan Adam Musa, 5. Mereka berpisah pada Oktober 2018.

#Penyanyi #Anak #Bersalin #Hunny Madu #Baby Girl #Itali #Mia Celine