Nusantara

Huru Hara! Aktres Indonesia Pengsan Ketika Perbicaraan Kemaluan Bau Ikan Masin... Puncanya...

gempak
Amri Hassan
28/01/2020
06:44 MYT
Sponsor Banner
Huru Hara! Aktres Indonesia Pengsan Ketika Perbicaraan Kemaluan Bau Ikan Masin... Puncanya...
Pelakon wanita Fairuz A. Rafiq hadir ke mahkamah Jakarta Selatan pada Isnin untuk perbicaraan kes kemaluan berbau ikan masin seperti yang pernah diperkatakan bekas suaminya, Galih Ginanjar tahun lalu.
BACA: Gara-Gara Hina Kemaluan Bekas Isteri Berbau Ikan Masin, Pelakon Bakal Dipenjara Selama 6 Tahun
BACA: "Kawan-Kawan Ejek 'Ikan Asin'" - Isu Hina Kemaluan Aktres Berbau Ikan Masin, Anak Jadi Mangsa Buli Di Sekolah
Malangnya, ketika prosiding perbicaraan berlangsung sekitar sejam, pelakon wanita itu diberikan rehat selama 15 minit kerana keadaannya yang terlalu lemah dan tidak berdaya.
Sebaik Fairuz bangun daripada kerusi mahkamah, dia segera memeluk keluarganya sambil menangis.
Lebih huru-hara ketika Fairuz dibawa keluar dari bilik perbicaraan, pelakon itu tiba-tiba pengsan sambil dipapah oleh ahli keluarganya ke ruang rehat.
Menurut kakak Fairuz, Rani A. Rafiq, adiknya dalam keadaan sangat tertekan hingga akhirnya jatuh pengsan.
Hal itu kerana dia diajukan soalan bertubi-tubi daripada peguam pihak Galih mengenai alat sulitnya. Secara tidak langsung ia seperti seakan-akan memperlekehkan kehormatan seorang wanita.
"Peguam asyik bertanyakan tentang alat sulit perempuan," kata Rani tegas.
Sumber: Liputan6
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live