,
Berita

"Huru-Hara Sangat Hari Pertama" - Azza Elite Kongsi Pengalaman Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Asraf Aided
18/06/2019
09:55 MYT
Penyanyi dan anggota kumpulan Elite, Azza berkongsi pengalaman menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga anak angkatnya Muhammad Adam di rumah.
Perkara itu dikongsi Azza menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Azza, dia mempunyai masa terluang tanpa komitmen kerja pada minggu lalu dan dia telah menjalankan kerja-kerja suri rumah sepenuhnya.
"Semenjak suami saya bekerja, saya juga part time go shop host, team parodi MeleTop, ada meniaga sendiri jual bedak sejuk, make up base.
"Seminggu yang lalu saya take over sepenuh masa suri rumah sebab kerja belum start, tanpa bantuan sesiapa saya jaga sendiri Didam (anak angkatnya).
"Mencabar sangat, huru-hara hari pertama, nak memerut pun takda dah masa 'me time' dalam tandas," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memuji Azza.

semenjak my husband bekerja saya juga part time go shop host ,team parodi meletop ada meniaga sendiri jual bedak sejuk,jual makeupbase jual #eudrasirehbyazzaelite jual blause azza elite seminggu yg lalu saya take over sepenuh masa s suri rumah.. sb keje blm start.. tampa bantuan sesiapa saya jaga sendiri didam #ustazadam hehe mencabar sgt.. huru hara 1st day???nk memerut pun x da dah masa me time dlm tandas?klako?m proudly saying m a housewives.. agh gitchiuu ??tp apa yg saya blajar.. . kerja rumah ialah ibadah Mudahnya mengutip pahala dirumah. Membasuh dan menyidai kain baju suami supaya ianya bersih dan boleh digunakan untuk solat dan berkerja. lbadah yang mulia tak terkira. . lstimewa bergelar Muslim bilamana segalanya dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, dapat pahala dengan senang dengan cara menyenangkan orang. Indah! . masak kan makanan untuk family .. pahala besaq.. . Salam hormat saya buat semua ibu menyusu, wanita bekerjaya, surirumah yang saya kagumi. Mereka juga perlu me time.. trust me.. ? Tahniah Surirumah! . . sb tu jugak saya buat bisnes review dpt lah bantu pendapatan dari rumah ..insyaAllah Allah akan hantar rezeki dgn tidak kita sangka sangka .. jgn perlekeh suri rumah.. sygku! nmpk mcm boleh curi rehat. tidak ya.. masa ank ko tido masa tu la ko nk cuci baju,cuci kain dan masak bila baby bgn masa tu ko kena main dgn mereka pulakk?hehehe yg paling x ley bla masa nk membuang takda lagi ketenangan??kecuali mereka tido.. hik hik tp i do enjoy every second of my life rite now.. gile doe!! tp happy bila tgk ur baby dah kenal org dan nk ikut ko je ???sb dia tau mak dia yg huru hara ni duk suap susu suap mkn basuh berak main dgn dia calm down kan dia bila dia teghiakkkk . . gambo didam nk jln jln kt seming pool 2 minit ja lepas tu ngantukkk??u know la bila baby u ngantuk mengamuk la chuols.. hik hik hik #kisahustazadam #didam

A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0174748991 (@azzazawari) on

Azza dan suaminya, Azlan mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan telah mengambil Adam sebagai ahli keluarga mereka pada sekitar hujung tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Faye Kusairi Kini Berniaga Nasi Ayam Tepi Jalan, Terharu Azza Elite Datang Support - “Berbunga Hati Kita”

gempak
13/12/2023
08:55 MYT
Mesti sedap nasi ayam Faye ni.
Laman Utama

“Makan Durian Je Pun…Bro, Chill La Jangan Negatif! Aku Buat Reviu Nak Tolong Orang!,” – Azza

gempak
08/07/2021
07:30 MYT
Jangan judge orang lain, sebab kita tak tahu niat dia...
Laman Utama

"Kita Minta Dua Atau Tiga Minggu Ja ..." - Azza Elite Teresak-Esak Menangis, Gesa Kerajaan Laksanakan Lockdown

gempak
26/05/2021
05:45 MYT
Dada berdebar bila baca kt sosial media.
Laman Utama

"Berkicap Dik Nak Cari RM6,000!" - Azza Bengang Diperdaya Rakan Artis, Dapat Maid Umur 70 Tahun Terketar-Ketar Masak

gempak
09/02/2021
07:42 MYT
Janganlah aniaya orang...
Laman Utama

“Kak Habsah Viral Sebab ‘Pelat S’ Orang Menyampah...” – Azza Elite Guna Formula Kak Lina Pom Pom

gempak
12/11/2020
23:00 MYT
Pelakon dan penyanyi Azza Elite, mengakui watak Habsah dalam drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa menjadi tular kerana Elly Mazlein.
BorakSeeni