Isteri pengarah Syafiq Yusof, Aeisyah Zainal akui merindui anak-anaknya ketika berbulan madu.

Aeisyah memberitahu perkara itu di akaun Instagramnya menerusi posting terbaru yang dimuat naik semalam.

Kata Aeisyah, agak sukar untuk meninggalkan anak-anak dalam tempoh yang lama lebih-lebih lagi anak keduanya masih menyusu badan.

“Tak boleh nak honeymoon every years sebab rindu my 2 little Nuurs Jannah and Nusaybah. Husband dah lama request nak honeymoon I ja tolak sebab fikir anak-anak yang kecik lagi.

“Lagi-lagi I still breastfeed memang susah lah tapi lama-lama fikir kena jugak pergi bukan selalu kan, hihi risau cik Esah oiii,” tulisnya.

Benda paling best bila husband happy setelah penat bekerja dapat rest/holiday/honeymoon ?our favourites place . Tak boleh nak honeymoon every years sbb rindu My 2 little Nuurs jannah n Nusaybah??? husband dah lama request nak honeymoon I ja tolak sbb fikir anak2 yang kecik lagi , lagi2 I still breastfeed mmg susah lah tapi lama2 fikir kena jugak pergi bukan selalu kan????, hihi risau cik esah oiii???

A post shared by @ aeisahzainal on


Terdahulu, anak kepada produser terkemuka, Datuk Yusof Haslam itu telah mendirikan rumah tangga dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Nuur Jannah dan Nuur Nusaybah.