Berita
"Hutan Diterangi, Lautan Dicemari" - Maya Karin Kongsi Kesedaran Alam Sekitar
Aktres jelita, Maya Karin berkongsi foto yang menunjukkan seekor tapir mati di tepi jalan akibat aktiviti kemajuan dan pembangunan manusia.
Foto itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan isu alam sekitar yang semakin serius.
"A picture speaks 1000 words, hutan diterangi, lautan dicemari," tulis Maya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati melihat keadaan dalam foto tersebut.
"Tidak sepatutnya berlaku, lori mengangkut hasil namun haiwan menjadi mangsa keadaan dan kerakusan manusia.
"Makin pupus haiwan-haiwan ini.
"I'm so mad and sad at the same time," tulis netizen.
Tidak berdiam diri, Maya sempat membalas beberapa komen tersebut dengan respon yang sangat positif.
Maya mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2001 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan hebat dalam filem tempatan.
Must-Watch Video