Redvena bersama Redvena Musix buat julung kalinya akan menganjurkan konsert dengan kerjasama label artis Talent Toy Production yang bakal menampilkan kumpulan Hyper Act. yang terdiri daripada Firman Bansir (Vokal Utama), Toy Nizam (Bes dan Vokal Kedua), Freddy (Gitar Utama), Etan (Gitar Kedua) dan Ejam (Drum) pada 3 Februari 2024 (Sabtu) di KWC StarXpo, Kuala Lumpur.

PILIHAN PEMBACA: Ronnie Hussein Turun 17kg, Nekad Kurus Sebab Susah Cari Baju Show

Ia bersempena dengan ulangtahun ke-15 kumpulan Hyper Act. pada tahun 2024 sejak penubuhannya pada tahun 2009.

Selain itu, konsert ini juga adalah sebagai kesinambungan aktiviti Hyper Act. selepas pelancaran lagu terbaru mereka 'Pasti Terjadi' pada Oktober 2023.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Menariknya, konsert ini bakal menggabungkan semula bekas-bekas anggota Hyper Act. sebelum ini iaitu Ronnie Hussein (Vokal Utama), Kecik Ogie (Vokal Utama) dan Labib (Drum), dan ini adalah seperti yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka sekian lama.

BERITA TRENDING: "Janganlah Banding-Bandingkan!" - Kristal Gantikan Lan Dengan Kecik HyperAct

Sepanjang konsert dua jam nanti, Hyper Act. dijangka akan menyanyikan semula lebih 16 buah lagu hit mereka antaranya Harapan, Hanya Aku, Impian, Takkan Pergi, Bukan Untukku, Kasih, Pasti Terjadi dan banyak lagi.

Tiket masuk akan mula dijual di platform ticket2U bermula 24 Oktober 2023 dan harga adalah serendah RM115 (Zon 5 Berdiri), diikuti RM175 (Zon 4 Berdiri), RM195 (Zon 3 Berdiri), RM225 (Zon 2 Berdiri), RM245 (Zon 1 Berdiri), RM250 (Meet & Greet) dan RM295 (“Pasti Terjadi” – Berdiri).

Konsert ini mendapat sokongan rakan radio Hot FM, rakan media Astro Gempak, penaja seperti Icha Hair Studio by Icha Khairul dan Mell Beauty Makeup by Eiycha Aziz dan rakan rasmi iaitu Ombak Exclusive.