Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

HyunA & Yong Jun Hyung Bakal Berkahwin 11 Oktober Tahun Ini?

Gempak
08/07/2024 18:55 MYT
Nama pasangan kontroversi HyunA dan Yong Jun Hyung kembali diperkatakan apabila mereka dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun ini di Seoul.

Menurut sumber, mereka memutuskan untuk mendirikan rumah tangga kerana dikatakan sudah bersedia bergelar pasangan suami isteri.

Berkahwin

“Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin kerana keyakinan yang mereka ada dalam hubungan mereka,” ujar sumber berkenaan.

Dalam masa sama, wakil agensi Jun Hyung turut memberitahu yang mereka cuba untuk memastikan bahaya adakah kenyataan itu benar atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah Bertunang Tapi Hajat Nak Kahwin Tak Sampai… Hyuna & Dawn Berpisah! Peminat Terkejut- “Macam Tak Percaya, Betul Ke Ni”

ARTIKEL BERKAITAN: HyunA Buka Rahasia Dirinya Menderita Depresi, Gangguan Kecemasan dan Mudah Pingsan

ARTIKEL BERKAITAN: HyunA, E’Dawn Resmi Ikut Agensi Psy, P-Nation

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam Mana Kalau Anorexia?” – Terlalu Kurus, Peminat Risau Penampilan Terkini Hyuna

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 Tahun, HyunA & E'Dawn Mengaku Bercinta

Terdahulu, hubungan mereka sudah pun diketahui ramai disebabkan penyanyi wanita itu memuat naik gambar sedang berpegangan tangan dengan Jun Hyung di media sosial.

Terpalit dengan skandal Burning Sun

Ramai yang kurang bersetuju dengan keputusan HyunA berhubungan dengan Jun Hyung memandangkan lelaki itu pernah terpalit dengan skandal Burning Sun.

Begitupun, HyunA tetap dengan pendiriannya untuk terus bersama dengan Jun Hyung walaupun dikritik hebat oleh warganet.

Justeru, ramai yang kecewa dengan tindakan HyunA untuk berkahwin dengan Jun Hyung.

“Bukankah dia berpisah dengan bekas teman kekasihnya untuk membina rumah tangga tapi sekarang? Dia masih mahukan lelaki yang terpalit dengan skandal. Pasti ada sesuatu yang tak kena,” kata salah seorang pemilik akaun peminat HyunA.

Sumber: KimchiDaily

;