ANTARABANGSA
Hyundai Kona Dan Sonata Lancar Di Malaysia, Harga Masing-Masing Bermula RM115,888 Serta RM189,888
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan dua model baharunya menerusi Hyundai Sonata dan Kona buat pasaran Malaysia.
Kenderaan segmen D, Sonata kini kembali dengan versi serba baharu sekali gus bakal mendahului dalam kategori itu dari segi reka bentuk dan teknologi terkini.
Dari segi reka bentuknya, ia kelihatan cukup sporty dan elegan dengan bumbung belakang berbentuk coupe serta membuatkan tampak menyerlah menerusi pendekatan rekaan Sensuous Sportiness.

Dari segi ukuran dimensi, Sonata terbaru ini lebih besar berbanding model sebelumnya. Panjangnya kini 4.9 meter (m) dan lebar (1.89 m) dimana 45 mm lebih panjang dan 25 mm lebih lebar.

Bagi membezakannya dengan kenderaan segmen D yang lain, Sonata baharu itu dilengkapi dengan bantuan monitor pandangan titik buta di mana paparan video akan kelihatan pada meter kluster digitalnya. Ia tidak ada pada model segmen D yang lain.



Buat pengetahuan anda, nama Kona diambil dari sebuah daerah di Hawaii, Amerika Syarikat, selain jentera itu menerapkan ciri reka bentuk yang lebih bergaya dan disasarkan kepada masyarakat urban. Mungkin ia akan bersaing dengan Proton X50.

Pada masa sama, ia turut dilengkapi paparan head-up yang memaparan pelbagai maklumat kepada pemandu tanpa mengganggu pemanduan mereka serta mempunyai tempat pengecas tanpa wayar.
Ia ditawarkan dengan dua varian enjin iaitu 2.0 MPI dan 1.6 T-GDI. Bagi model 2.0L didatangkan dengan enjin Nu MPI Atkinson naturally aspirated dengan 149 PS/179 Nm, dipadankan bersama kotak gear torque converter automatik enam-kelajuan.

Hyundai Kona hadir tiga varian iaitu Standard, Active yang menggunakan enjin 2.0 liter, manakala 1.6 Turbo. Harganya pula, Standard, Active dan 1.6 Turbo masing-masing dijual pada RM123,888, RM138,888 dan RM151,888.
Namun bagi harga pengenalan, ia dijual RM115,888 untuk 2.0 Kona, RM130,888 (2.0 Active) dan RM143,888 (1.6 Turbo).
Must-Watch Video