Laman Utama
“I Admit My Mistakes…” - Ismail Izzani Mohon Doa Yang Baik-Baik
Penyanyi, Ismail Izzani, 22, akhirnya memberikan kenyataan dipercayai berhubung kontroversi video memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajahnya sedang berciuman dengan wanita seksi di sebuah kelab hiburan tular menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.
Ismail membuat kenyataan itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Story miliknya.
Hantaran itu menjelaskan bahawa dia tidak kisah mengenai apa yang orang ramai hendak bercakap mengenai dirinya.
“Biarkan saya. Selagi saya menjadi diri sendiri dan keluarga saya tahu apa seterusnya sudah memadai.
“Katalah apa yang anda mahu kata. Saya terus kekal di landasan saya, sayangi tenaga anda. Semoga hari anda baik-baik sahaja,” tulisnya ringkas.
Sementara itu, Ismail turut mengakui kesilapannya namun menafikan dirinya sengaja melarikan diri daripada media selepas membuat persembahan.
“Saya tak perlu perjelaskan apa-apa sebab orang tak kisah pun apa salah atau betul. I admit my mistakes and as normal human being I will always remember where I stand.
“Buruk atau baik, saya tetap menjadi diri sendiri. Kalau anda mahu menghukum saya dengan berkata saya melarikan diri daripada media… teruskan.
“Saya bukan larikan diri tapi saya tak ada masa nak perjelaskan semua tu,” katanya.
Petang tadi, media melaporkan bahawa penyanyi lagu Sabar itu menolak permintaan pihak media untuk ditemu bual bagi mendapatkan penjelasannya mengenai kontroversi yang terpalit.
Penyanyi itu juga dimaklumkan oleh pihak pengurusan, terus pulang selepas selesai membuat persembahan lagu Habis Sini bersama Naim Daniel di Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, petang tadi.
Terdahulu, video kontroversi yang berdurasi tujuh saat itu menyaksikan lelaki bermirip Ismail, 22, dipercayai dalam keadaan mabuk merangkul gadis seksi sambil mengucup pada bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah.
Must-Watch Video