Hiburan

I Am Not Stupid 3: Bila Mak-Mak Terlampau Obses Dengan Keputusan Peperiksaan Anak, Natijahnya ...

Amri Hassan
04/07/2024
14:45 MYT
Francais filem I Am Not Stupid memasuki edisi ketiga, mengangkat tema tekanan sistem pendidikan dan bagaimana tekanan itu mampu mencetuskan ketegangan dalam institusi kekeluargaan.
I Am Not Stupid 3 arahan Jack Neo masih berkisar tentang realisme kehidupan di Singapura. Cumanya tema kali ini mencuit obesesi masyarakat tentang keputusan peperiksaan di sekolah.
Biarpun jauh jarak masanya daripada filem pertama I Not Stupid yang diterbitkan sekitar 22 tahun lalu, dan I Not Stupid Too sekitar 18 tahun lalu, pastinya ada antara kita yang turut melalui fasa kanak-kanak, kini punyai anak-anak sendiri dan boleh rasa hubung kaitnya dengan tema yang diangkat.
I Am Not Stupid 3 mengisahkan persaingan antara dua ibu kepada dua pelajar di sebuah sekolah untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan, sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anak-anak mereka menjadi yang terbaik di sekolah.
Takut untuk kalah antara satu sama lain mengubah sebahagian komuniti itu untuk menjadi 'Tiger Parenting', anak-anak pula jadi mangsa untuk menyerap tekanan daripada ibu masing-masing yang terus bersaing.
Hinggakan natijahnya sendiri terpalit pada anak-anak dan individu di sekeliling mereka, termasuklah keluarga sendiri.
Dalam filem ini, 'Tiger Mum' mendisiplinkan anaknya sama seperti apa yang dilaluinya pada zaman kanak-kanak untuk berjaya, hinggakan sanggup menghukum anaknya seandainya tidak mencapai keputusan yang diinginkan.
Lebih parah, apabila wujud persaingan baharu di sekolah anaknya, mengubahnya menjadi lebih agresif dan 'menggila'.

Sinopsis I Am Not Stupid 3

Zi Hao, merupakan pelajar Sekolah Rendah Cina 6 di Singapura, menghadapi tekanan akademik apabila rakan sekelasnya Jayden memerangkapnya dan menuduhnya kerana menipu untuk mengekalkan statusnya di kedudukan teratas.
Sementara itu, ibu Zi Hao, Wen Ting, dituduh melakukan kerja haram oleh ibu Jayden yang berdaya saing, Sophia. Di tengah-tengah kegawatan, kedua-dua ibu itu menyedari beban yang menimpa anak lelaki mereka dan bersatu untuk mengutamakan kesejahteraan mereka berbanding gred demi memupuk perdamaian.
I Am Not Stupid 3 dibarisi oleh pelakon kanak-kanak Zhou Yuchen, Camans Kong, Goh Wee-Ann dan Joseph Ng Zhiyang.
Selain itu, turut memainkan peranan penting dalam filem berdurasi 2 jam 13 minit ini ialah Hu Jing, Jae Liew, Collin Chee, Cheryl Desiree Chan, Xixi Lim, Ben Logan Sng, Glenn Yong, Terence Cao, Selena Tan, Patricia Mok, Anna Lin Ruping, Xiong Lingyi, Lee Kin Mun dan Chew Chong Tak.
Filem yang dirilis pada 13 Jun 2024 lalu masih ditayangkan di pawagam berhampiran anda.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elvina Pernah Alami Mental Breakdown Ketika Jaga Anak Sakit

gempak
07/07/2024
02:55 MYT
Sepanjang lima tahun menjadi seorang ibu, pelakon Datin Elvina Mohamad berkongsi detik-detik kepayahan yang pernah dihadapi semasa menjaga cahaya matanya.
Berita

Didakwa Cubit Paha Anak Jagaan Sampai Lebam, Pengasuh Ditahan Polis

gempak
06/07/2024
21:55 MYT
Seorang pengasuh ditahan pada Sabtu dipercayai mengasari kanak-kanak di sebuah taska dekat Putra Perdana, Sepang.
Hiburan

#GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha

gempak
06/07/2024
03:55 MYT
Selami perasaan Uqasha dan Kamal mengenai Hawra Uqaira, cabaran bergelar ibu dan bapa dan perancangan karier pada masa depan.
Viral

Isu Pasangan Suami Isteri Mahu ‘Childfree’ & Anggap Anak Beban, Ini Komen Ustaz Tajdid Hadhari - “Hukumnya Adalah Haram Apabila…”

gempak
05/07/2024
13:55 MYT
Baru-baru ini kecoh dengan video pasangan suami isteri tidak mahu zuriat atau ‘childfree’ malah menganggap anak itu satu bebanan dalam kehidupan rumah tangga mereka.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.