Hiburan
“I Am Now Letting Go…” - Hampir 14 Tahun Bersama, Kangin Umum Tinggalkan Super Junior
Anggotan kumpulan K-Pop terkenal Super Junior, Kangin mengumumkan penarikan dirinya daripada kumpulan berkenaan.
Berita itu diumumkan sendiri oleh Kangin menerusi kenyataan di akaun Instagramnya hari ini.
“Secara jujurnya hati saya berasa amat berat untuk memberitahu berita buruk ini. Namun selepas membuat pertimbangan, saya mengumumkan untuk melepaskan nama Super Junior yang telah bersama saya sejak sekian lama.
“Saya sentiasa berasa bersalah terhadap anggota kumpulan saya. Saya juga sentiasa memikirkan adalah lebih baik sekiranya saya untuk membuat keputusan ini lebih awal berbanding menangguhkannya.
“Namun apabila saya mengenangkan mereka yang sentiasa memberikan sokongan termasuklah keluarga di agensi membuatkan saya berat hati untuk mengumumkannya.
“Saya tak dapat mengumpul kekuatan dengan senang, saya sangka saya tidak boleh membuat keputusan berseorangan.
“Bagaimanapun, selepas melihat anggota kumpulan saya berdepan dengan situasi yang tidak sepatutnya hanya disebabkab masalah dan tindakan saya, rasanya saya tidak boleh tangguhkan lagi perkara ini.
“Saya juga berasa sangat bersalah kepada E.L.F (Ever Lasting Friends - Super Junior Fandom) yang sentiasa memberikan sokongan dan cinta mereka saya selama 14 tahun.
“Agak terlambat untuk mengumumkannya… Namun dengan berat hati saya melepaskan nama Super Junior dan akan sentiasa berterima kasih kepada anda semua.
“Saya juga ingin meluahkan rasa bersyukur terhadap anggota kumpulan dan juga keluarga daripada agensi saya yang sentiaa bertimbang rasa sehingga ke akhirnya.
“Selepas ini saya akan meneruskan perjalanan sendiri dan sentiasa memberikan sokongan kepada Super Junior, terima kasih,” tulisnya.
Terdahulu, Kangin telah debut sebagai anggota asal Super Junior pada tahun 2005 dan menyepikan diri daripada industri sejak November 2017 selepas didakwa terlibat dalam pergaduhan di mana seorang kenalan wanitanya berada di tempat kejadian.
Must-Watch Video