Hiburan
"I Am So Grateful To Have A Loving Family" - Diana Amir Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Kelima
Pelakon Diana Amir telah memuatnaik foto hadiah yang diterima sempena ulang tahun perkahwinannya yang kelima bersama suami, Mohd Habibbullah A Rahman.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Sudah lima tahun, Alhamdulillah.
"I am so grateful to have a loving family, insya-Allah ada baby baru bulan hadapan.
"Semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga, saya sayang suami dan anak saya, termasuklah bayi yang bakal lahir ini," tulisnya sebagai kapsyen.
Sementara di ruangan komen, rata-rata pengikut Diana memberi ucapan dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Diana mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2007 dan sering muncul menerusi lakonan dalam drama dan filem tempatan.