Kecoh di laman sosial apabila sesetengah netizen mendakwa penyanyi baru Ariff Bahran menyindir Tomok dan kumpulan New Boyz di konsert kedua Big Stage.

Semuanya gara-gara tayangan klip video (VT) yang dipaparkan sebelum Bahran menyampaikan lagu Sejarah Mungkin Berulang, nyanyian asal New Boyz.

Netizen mula mempersoalkan kenyataan yang diberikan oleh Bahran yang didakwa tidak sopan untuk penyanyi senior seperti Tomok.

Tidak melatah, Bahran bertindak untuk menjernihkan keadaan dan menjelaskan situasi sebenar.

Pelantun lagu Kata Akhirmu itu memohon maaf serta memberi penjelasan menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Assalamualaikum. Untuk pengetahuan semua, sebelum mana-mana sesi rakaman klip video (VT) diadakan, kami akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak produksi #BigStage dan jawapan yang dilontarkan ketika soal jawab tersebut adalah sangat bersahaja dan santai. Pihak produksi memberikan kami skrip sebagai rujukan dan kami akan olah skrip tersebut dengan cara kami yang tersendiri. Komen yang diberikan tidak berniat untuk menyindir Tomok mahupun kumpulan New Boyz. Namun begitu, mungkin ada di antara peminat yang menyalah tafsir jawapan tersebut dan berfikir yang sebaliknya. Sejujurnya, saya menghormati Tomok sebagai seorang figura yang disegani dalam industri seni tanah air dan saya memohon maaf jika berlakunya sebarang keterlanjuran.

A post shared by Bahran (@ariffbahran) on


"Assalamualaikum. Untuk pengetahuan semua, sebelum mana-mana sesi rakaman klip video (VT) diadakan, kami akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak produksi #BigStage dan jawapan yang dilontarkan ketika soal jawab tersebut adalah sangat bersahaja dan santai.

"Pihak produksi memberikan kami skrip sebagai rujukan dan kami akan olah skrip tersebut dengan cara kami yang tersendiri.

"Komen yang diberikan tidak berniat untuk menyindir Tomok mahupun kumpulan New Boyz. Namun begitu, mungkin ada di antara peminat yang menyalah tafsir jawapan tersebut dan berfikir yang sebaliknya.

"Sejujurnya, saya menghormati Tomok sebagai seorang figura yang disegani dalam industri seni tanah air dan saya memohon maaf jika berlakunya sebarang keterlanjuran," tulis Bahran.

Rata-rata pengikut laman Instagram Bahran memuji tindakan jejaka itu yang memohon maaf serta bersikap positif terhadap teguran yang diberikan.

Dalam perkembangan lain, Bahran bakal berduet dengan penyanyi Ayda Jebat menyampaikan lagu Marry You di konsert ketiga program Big Stage yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Selain Bahran, Big Stage disertai oleh Sarah Suhairi, Wani Kayrie, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Sissy Imann.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Bahran