Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"I Can't Wait To Be Back To My Daughter" - Anak Sakit Ketika Liyana Jasmay Tunaikan Umrah

Asraf Aided 13/05/2019 | 10:24 MYT
Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay memberitahu anaknya, Selena kini sedang mengalami masalah kesihatan.
Liyana yang kini menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah berkongsi perkara itu menerusi ruangan Instagram (IG) Story miliknya.
Liyana mengharapkan anaknya itu supaya cepat sembuh dan sentiasa dilindungi Allah SWT.
"Semoga anak Mummy, Selena cepat sembuh, semoga Allah SWT sentiasa melindungi Selena dan hilangkan rasa kesakitan, Amin.
"I can't wait to be back to see my daughters," tulisnya di IG Story.
Namun begitu, Liyana masih tidak menyatakan penyakit yang dialami oleh Selena itu.
Sedikit info mengenai Liyana, pelakon kelahiran Kuantan, Pahang ini mula menjinakkan diri di industri hiburan tempatan pada tahun 1997 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Liyana Jasmay
;